Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Malaysia Solve For Tomorrow 2023

Ini Senarai 10 Pasukan Yang Layak Ke Separuh Akhir ‘Samsung Malaysia Solve For Tomorrow 2023’

Diterbitkan Oktober 12, 2023 · Dikemas kini Oktober 12, 2023 oleh ariff bukhari

Samsung Malaysia telah pun kembali menganjurkan pertandingan ‘Samsung Solve for Tomorrow’ dengan kali ini bertemakan ‘Start with Can‘ dengan kerjasama Pusat STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) Universiti Malaya.

Selepas lebih sebulan pertandingan berjalan, Samsung Malaysia kini mengumumkan 10 pasukan yang layak untuk meneruskan ke peringkat akhir pertandingan tersebut.

Berikut adalah senarai 10 pasukan yang layak itu (tanpa susunan tertentu):

  • Creators of Tomorrow – SMK Sultan
  • CUBE OF THREE – SMK BANDAR TUN HUSSEIN ONN 2
  • Victernal – MRSM Bagan Datuk
  • The YEY – SMJK Kwang Hua
  • ALOHI – SMK (P) AIR PANAS
  • H.I.P – SMK PUTERI WILAYAH
  • Magnetic OleoHydroGuard Sponge – SMK KUBANG BEMBAN
  • The Bees Knees – SMJK Kwang Hua
  • PaperTerra Techs – Sekolah Indonesia Kuala Lumpur
  • Acsian – SMK Methodist ACS Ipoh

10 pasukan separuh akhir pertandingan Samsung Solve For Tomorrow (SFT) kini akan memulakan Fasa 2, di mana mereka perlu memperincikan konsep inovasi mereka dan menghasilkan prototaip sendiri.

Pelajar akan bekerjasama dengan mentor yang merupakan staf Samsung Malaysia Electronics dan Universiti Malaya yang akan memberikan tunjuk ajar kepada kumpulan untuk mencipta pembentangan mereka sehingga ke Fasa 3.

Pada pusingan akhir nanti, hanya 5 pasukan akan bersaing untuk merebut peluang untuk memenangi hadiah produk Samsung bernilai RM30,000.

Untuk maklumat lanjut tentang pertandingan Solve for Tomorrow ini, sila layari https://www.samsung.com/my/solvefortomorrow/2023/.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • 'Samsung Solve for Tomorrow' Kembali, Pelajar Dan Sekolah Berpeluang Menang Hadiah Bernilai RM30 Ribu
  • Logitech Wave Keys, Papan Kekunci Ergonomik Yang Berharga RM299

Sumber: Siaran media Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY