Tetikus yang dibina khusus untuk pengguna dengan tapak tangan bersaiz kecil.
Pengeluar aksesori komputer terkemuka, Razer baru sahaja mengumumkan kehadiran model terbaru tetikus berprestasi tinggi untuk pemain tegar permainan komputer, iaitu Razer Viper Mini.
Viper Mini juga adalah tetikus yang paling ringan dihasilkan Razer dan disyorkan kepada pengguna yang mempunyai tapak tangan bersaiz kecil.
"Recommended for gamers with small to medium hand sizes, this ultra-lightweight gaming mouse is best suited for those who favor claw or fingertip grip styles." Razer.
Razer Viper Mini hanya selebar 53.5mm, panjangnya hanyalah 118.3mm, tinggi 38.3mm dan hanya seberat 61g (tidak termasuk kabel).
Selain itu, ia dilengkapi dengan sesor optikal 8,500DPI, kelajuan penjejakan sehingga 300 inci/saat serta ciri memori yang membolehkan pengguna menetapkan arahan tertentu pada tetikustersebut.
Juga sudah tentulah tidak dilupa pakej sokongan efek warna RGB.
Tetikus Razer Viper Mini sudah mula berada dipasaran yang dijual pada harga RM199.00. Untuk info lebih lanjut, layari laman muka rasmi Razer Viper Mini.
https://www.youtube.com/watch?v=rk5LTWHLQ7I&feature=emb_logo
Berkaitan
- Komputer Riba Acer Swift 3 OLED Dan Spin 5 2022 Dikuasakan Oleh Intel Evo
- Acer Lancar Predator Helios 300 SpatialLabs Edition, Komputer Riba Permainan Dengan Ciri Stereoskopik 3D
- Razer Melancarkan Tetikus Khusus Untuk Pengguna Kidal
- Razer Fintech Dijenamakan Semula, Tampil Dengan Identiti Baharu
- Polis Perancis Dan Avast Berjaya Menyekat Serangan Botnet Dan Perisian Hasad Yang Telah Menjangkiti 850,000 Komputer
- Dron DJI Mini 3 Pro Dilancarkan, Mampu Diterbangkan Selama Lebih Daripada 40 Minit
- Pakar Keselamatan Komputer Mengaku Salah Membangun dan Menjual Perisian Hasad
- Kemas Kini Windows 10 KB5004296 Ditawarkan, Membetulkan Isu Ketika Bermain Permainan Komputer
- Adakah Anda Tunggu Dahulu Atau Terus Mengemas Kini Windows 10 Komputer Anda?
- Realme Pad Mini Dilancarkan Untuk Pasaran Tempatan Pada Harga Marhaen