Komputer Riba Acer Swift 3 OLED Dan Spin 5 2022 Dikuasakan Oleh Intel Evo

Acer secara global telah melancarkan barisan produk utama komputer riba terbaru mereka bagi tahun 2022.

Paling menarik adalah 2 siri komputer riba mereka terdahulu iaitu Acer Swift 3 OLED dan Aspire Vero kini dilengkapi dengan perkakasan yang lebih berkuasa.

Jika dahulu 2 siri komputer riba ini hanya dikatakan untuk buat kerja-kerja biasa sahaja. Tetapi kini ia turut mampu memenuhi tuntutan trend pembangun kandungan kreatif yang mahukan komputer riba berprestasi.

Acer Swift 3 OLED 2022 dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core H-Series Generasi ke-12 (Intel Evo), paparan OLED 14-inci 16:10 WQXGA+ (2.8k) VESA DisplayHDR True Black 500, garfik yang dikuasakan oleh cip Intel Iris® Xe dan memori LPDDRS yang menyokong sehingga sehingga 15 GB RAM.

Kapsyen: Acer Swift 3 OLED 2022


Satu lagi komputer riba terbaru yang diperkenalkan Acer untuk tahun 2022 ini adalah Acer Spin 5 yang turut dikuasakan oleh Intel Evo yang menampilkan pemprosesan Intel Core i7 Generasi ke-12.

Acer Spin 5 didatangkan dengan memori LPDDRS 16 GB dan storan pantas SSD 1 TB PCIe Gen 4.

Acer Spin 5 dilengkapi dengan sistem penyejukan TwinAir Spin 5 yang direka dengan seni bina Vortex Flow Acer, sekaligus meningkatkan prestasinya sehingga 75%.

Kapsyen: Acer Spin 5 juga disertakan dengan Acer Active Stylus yang boleh dicas semula dengan teknologi Wacom AES 2 dan sistem Audio DTS.


Bagi siri ini, ia didatangkan dalam 2 model iaitu Acer Spin 5 dan Acer Spin 3.

Kedua-dua model bagi siri ini merupakan komputer riba boleh ubah seringan 1.3 kg, ultra nipis 16.9 mm dengan paparan sentuh 14-inci dan dilengkapi dengan cip grafik dan Intel Iris Xe.

Kapsyen: Acer Spin 3 dan Acer Spin 5 boleh digunakan dalam pelbagai mod kerja.


Komputer riba Acer Swift 3 OLED dan siri Acer Spin akan ditawarkan di Amerika Syarikat pada Julai 2022 nanti.

Acer Swift 3 OLED akan dijual pada harga USD899.99 (~RM3955.00) dan harga jualan bagi  siri Acer Spin akan bermula dari USD849.99 (~RM3736.00).

Untuk info lanjut tentang barisan produk terbaru Acer ini, sila layari laman rasmi Acer.

Berkaitan