Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme pad mini

Realme Pad Mini Dilancarkan Untuk Pasaran Tempatan Pada Harga Marhaen

Diterbitkan April 20, 2022 oleh ariff bukhari

Sebentar tadi telah berlangsungnya pelancaran rasmi model terbaru Realme Pad Mini untuk pasaran tempatan.

Realme Pad Mini dilengkapi bateri berkapasiti 6,400mAh dengan sokongan pengecas pantas 18W, skrin LCD 8.7-inci WXGA+ (Wide Extended Graphics Array), pilihan RAM 3GB dan 4GB serta storan berkapasiti 32GB dan 64GB.

realme Pad Mini_Display_03

Untuk kuasa pemprosesan pula ia dikuasakan oleh cip pemprosesan Unisoc T616 dengan GPU Mali-G57.

Selain itu ia juga turut dilengkapi dengan pembesar audio stereo serta hanya setebal 7.6mm sahaja.

Untuk spesifikasi itu, Realme Pad Mini ditawarkan pada harga bermula dari RM699.00 (3GB + 32GB WIFI), RM749.00 (3GB + 32GB LTE) dan RM799.00 (4GB + 64GB LTE).

realme Pad Mini_Product_01
2 Pilihan warna menarik ditawarkan untuk Realme Pad Mini iaitu Biru dan Kelabu.

Tetapi anda boleh mendapatkan peranti terbaru ini pada harga promosi bagi model Realme Pad Mini (3GB + 32GB WIFI) hanya pada harga RM599.00 dan Realme Pad Mini (3GB + 32GB LTE) pada harga RM699.00 sahaja.

realme Pad Mini_Rear Camera_03

Realme Pad Mini akan mula berada di pasaran pada 25 April 2022 ini.

Sumber: media realme

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY