Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
netflix pip whatsapp

Video Trailer Netflix Kini Menyokong Mod Picture-In-Picture Dalam WhatsApp

Diterbitkan April 28, 2020 oleh Amalina Athman

Jika anda menggunakan peranti iOS, sokongan memainkan video trailer Netflix dalam mod picture-in-picture (PiP) pada aplikasi WhatsApp telah dilepaskan pada November tahun lalu. Kini, aplikasi WhatsApp pada peranti Android turut menerima sokongan mod PiP bagi video trailer Netflix.

ap_resize (1)
Android Police

Untuk berkongsi kandungan dari platform penstriman Netflix, buka kandungan yang ingin dikongsi dan pilih butang kongsi. Apabila anda memilih WhatsApp sebagai perkongsian dan filem atau rancangan tersebut mempunyai video trailer, anda dan penerima dapat melihat video trailer itu secara terus dari aplikasi WhatsApp.

Sama seperti video dari Instagram, Youtube dan Facebook yang boleh ditonton melalui WhatsApp, klip video akan berhenti dimainkan apabila anda keluar dari ruang sembang di aplikasi itu.

Bagi anda yang belum menerima kemaskini terbaru, ia telah tersedia bagi WhatsApp versi 2.0.123 yang telah mula dilepaskan.

Sumber: Android Police

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY