Antara yang disebut-sebut adalah ciri kadar segar semula 144Hz. Melalui perkongsian dari Weibo, terdapat poster yang mempamerkan kelebihan kadar segar semula 144Hz berbanding 60Hz.
Mengungkap laporan SparrowNews pula, sebuah video dimuat naik memperlihatkan sistem antaramuka ZUI 12 (LegionOS) yang akan diketengahkan pada model itu.
https://www.youtube.com/watch?v=na8ztJWQw9o&feature=emb_title
Selain daripada itu, paparan pada bahagian tetapan turut menyajikan beberapa lagi spesifikasi penting lain seperti Snapdragon 865, storan 128GB, RAM 6GB, kadar segar semula 144Hz, bateri 5000mAh serta sokongan pengecasan 90W.
Ia sedikit bertentangan dengan perkhabaran spesifikasi sebelum ini yang mana ini berkemungkinan model asas. Terdapat jangkaan yang ia akan turut ditawarkan dalam versi Pro yang dilengkapi dengan RAM 16GB seta memori sehingga 512GB.
Pada tarikh yang sama iaitu 22 Julai depan, sebuah lagi pesaing rapat akan muncul iaitu ROG Phone 3 . Ini sememangnya saat yang menarik dan ditunggu-tunggu bagi peminat-peminat telefon pintar gaming. Adakah anda salah seorang yang dimaksudkan? Model mana yang lebih mengujakan anda?
Sumber: Weibo dan SparrowNews
Berkaitan
- Lenovo Y710 | Desktop Mudah Alih
- ROG Phone 3 Sudah, Lenovo Phone Pun Sudah, Black Shark 3S Pula Lepas Ini?
- Lenovo Legion Phone Duel Sudah Rasmi Dengan Snapdragon 865+ Dan Pengecasan 90W
- Lenovo Legion Y720 Dan Y520 Sudah Mendarat Di Malaysia
- Lenovo Tab 4 Diperkenalkan Untuk Pasaran Tempatan
- Lenovo Legion Phone Duel 2 Ada Variasi Baru, Beza Storan Dan Harga Murah Sedikit
- Lenovo Z6 Pro Mungkin Akan Dilengkapi Dengan Kamera 100MP
- Lenovo Dahului Lima Pengeluar Komputer Lain Pada Pasaran Komputer Untuk Suku Ke-3 Tahun Ini
- Lenovo Yoga C630 - Laptop Pertama Dengan Cip Snapdragon 850 Dan Bateri Mampu Bertahan Selama 25 Jam
- Telefon Pintar Lenovo Legion Akan Diperkenalkan Julai Ini