Video Peranti Xiaomi Mi Mix 2S Tertiris Mendedahkan Takuk Di Bahagian Penjuru

Xiaomi sebagai pengeluar telefon pintar yang aktif, sentiasa mengeluarkan peranti baharu untuk setiap suku tahunan. Bagi segmen peranti utama, Xiaomi bakal mengeluarkan peranti Xiaomi Mi 7 mereka pada pertengahan tahun ini. Sebelum itu, peranti Mi Mix 2S akan menjengah ke pasaran terlebih dahulu pada 27 Mac ini.



Dalam satu video yang tertiris telah menampakkan peranti yang dipercayai Xiaomi Mi Mix 2S. Peranti itu mungkin menjadi satu lagi peranti yang mengandungi takuk dan pada ketika ini, kami sendiri sudah tidak mengira berapa banyak peranti yang mirip seperti iPhone X ini.

https://youtu.be/zESngYuOwPU

Tetapi kedudukan takuk Mi Mix 2S sedikit berbeza dari yang lain. Ia diletakkan di bahagian penjuru atas skrin paparan dan hanya menempatkan modul kamera hadapan. Berbeza dengan Mi Mix 2 yang meletakkan modul kamera hadapan di bahagian penjuru bawah skrin paparan.



Mi Mix 2S dikatakan akan menggunakan cip Qulacomm SD 845 dan menawarkan ruang RAM sebesar 8GB serta ruang ROM 256GB. Peranti ini akan dilancarkan di Shanghai, China dan akan berkongsi hari pelancaran yang sama dengan Huawei yang akan memperkenalkan peranti utama mereka P20.

Sumber