Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Video Memaparkan Pelombong Kripto Menyembur Jet Air Pada Kad Grafik Sebelum Menjualnya

Video Memaparkan Pelombong Kripto Menyembur Jet Air Pada Kad Grafik Sebelum Menjualnya

Diterbitkan September 25, 2022 oleh ariff bukhari

Satu video telah dikongsikan di laman Twitter yang memaparkan pelombog kripto mencuci kad grafik dengan menggunakan jet air.

Didedahkan oleh akaun Twitter I_Leak_VN, video itu memaparkan pelombong kripto di Vietnam mencuci kad grafik lama yang pernah digunakan mereka bagi tujuan perlombongan kripto sebelum menjualnya semula komponen komputer tersebut ke laman eBay atau pembeli tempatan di dalam negera tersebut.

Some Vietnamese miners have cleaned up their old graphics cards after ETH merge by bathing them with extremely high risk. It's really their cleaning season while waiting for the next GPU-minable 3rd coin. (1/3) pic.twitter.com/qnUMWxpyct

— I_Leak_VN (@I_Leak_VN) September 23, 2022

Pemain permainan komputer mungkin tertarik dengan tawaran kad grafik terpakai yang  berkuasa kerana ditawarkan pada harga yang murah.

Tetapi membeli kad grafik terpakai yang dicuci dengan menggunakan pancutan air yang kuat berpotensi menyebabkan kerosakan pada kad grafik tersebut.

Berkaitan

  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Sebab Kenapa 'Scalper' Kad TNG Lebih 'Busuk' Dari 'Scalper' Konsol Atau GPU
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14

Malah ia juga boleh menyebabkan kerosakan pada komponen komputer yang lain apabila kad grafik ini dipasang pada komputer tanpa diketahui pembeli bahawa kad grafik tersebut dicuci oleh pemilik sebelumnya sebegitu rupa.

Sehubungan itu, anda diminta berhati-hati apabila tertarik dengan tawaran kad grafik terpakai yang murah harganya yang banyak dijual di platfom-platfom media sosial, e-dagang dan lain-lain.

Sumber: Tom’s Hardware

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion
  • EV Kini Bantu Jimatkan 1.2 Juta Tong Minyak Global Sehari - Laporan
  • Apple Pay Kini Sokong Kad Public Bank
  • Cat 'Serap' Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
  • HONOR Magic9 Pro Max Kini Boleh Ditempah Di Malaysia, Hadiah Bernilai RM5,006 Untuk Pembeli Awal
  • ChatGPT Kini Gantung Akses 24 Jam Jika Cuba Cari CSAM
  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
  • GrabPay Bakal Tambah Sokongan DuitNow Transfer
©2026 WISER.MY