(Video) Huawei Anjurkan Kejohanan Pengecasan Tanpa Wayar Berbalik

Huawei terus membawa teknologi baru pada peranti keluaran mereka semasa melancarkan siri Mate 20 beberapa bulan yang lalu. Salah satu daripada inovasi yang dibawa ialah fungsi pengecasan pantas tanpa wayar berbalik pertama di dunia.

Sehubungan dengan itu, mereka telah menganjurkan satu kejohanan pengecasan tanpa wayar berbalik baru-baru ini. Berikut adalah sedutan video kejohanan berkenaan:

https://youtu.be/y6-9fM1BPao

Malangnya, video berdurasi 1 minit 9 saat ini hanyalah sekadar parody sahaja. Maafkan kami, kami juga "terkena".

 

Sumber: Huawei Malaysia