Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
UNBLOK (2)

(Video) Ciptaan Pelajar Malaysia Terpilih Untuk Top 20 James Dyson Award 2025

Diterbitkan Oktober 15, 2025 · Dikemas kini Oktober 15, 2025 oleh ariff bukhari

Ciptaan pelajar Malaysia dari Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU) telah tersenarai dalam Top 20 Global James Dyson Award 2025.

Inovasi yang dinamakan sebagai UNBLOK oleh Ong Jing Rou, Natalie Tham dan Ng Wen Kai ini menggunakan sisa kelapa sawit untuk menghasilkan penapis saliran dapur yang menyerap lemak, minyak dan gris (FOG) bertujuan mengurangkan risiko saluran tersumbat dan banjir di bandar.

UNBLOK (5)

Malaysia menghasilkan 39,000 tan sisa pepejal setiap hari, dan pembuangan minyak masak terpakai secara tidak terkawal menyumbang kepada 70% masalah saliran.

Jadi, UNBLOK menyelesaikan isu ini dengan pendekatan lestari dan modular di mana penapis ini boleh diganti, dikompos atau dijadikan biofuel.

UNBLOK bukan sahaja menyelesaikan masalah domestik, tetapi juga memanfaatkan hasil sampingan industri sawit secara bijak.

UNBLOK (4)
UNBLOK (7)

Ciptaan ini sekali gus menunjukkan potensi jurutera muda dalam mencipta penyelesaian mampan.

Pemenang global pertandingan akan diumumkan pada 5 November hadapan dan bakal membawa pulang wang tunai berjulah RM166,700 untuk pembangunan lanjut.

JDA2025_Top20_UNBLOK (1)

Selain Malaysia, 20 peserta yang turut tersenarai ke peringkat akhir termasuklah peserta dari negara Singapura, Turki, Korea Selatan, Belanda, Ireland, Amerika Syarikat (AS), India, China, Poland, Switzerland, Perancis, Australia, dan United Kingdom (UK).

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Inovasi Pelajar UTM Bagi Selamatkan Mangsa Banjir Diiktiraf Antarabangsa
  • Reka Bentuk Tahan Gempa Pelajar UTM Raih 2 Anugerah Antarabangsa

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY