'MELAKA, 5 Okt (Bernama) – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berhasrat melaksanakan pengundian pilihan raya kampus menggunakan telefon mudah alih masing-masing atau 'mobile voting' sepenuhnya untuk menggundi calon pilihan pelajarnya pada tahun hadapan kata Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Shahrin Sahib.
Katanya, kaedah berkenaan yang pertama kali diperkenalkan pada Pilihan Raya Kampus (PRK) UTeM tahun ini menggunakan aplikasi ‘mobile voting yang dibangunkan UTeM itu dilihat mempunyai banyak kelebihan termasuk menjimatkan kos, masa dan memudahkan pelajar.
"Kaedah mengundi menggunakan 'mobile voting' ini kita perkenalkan tahun ini untuk pelajar sarjana dan yang terlibat dengan latihan industri kerana masa mereka di kampus adalah terhad.
"Keperluan ini juga selaras dengan perkembangan teknologi semasa untuk menambah baik kaedah pengundian PRK UTeM yang memberi kemudahan untuk pelajar dan juga perjalanan pilihan raya itu sendiri," katanya pada sidang media selepas pengumuman keputusan PRK UTeM di sini, malam tadi.
Mengulas lanjut, beliau berkata UTeM merupakan antara universiti terawal yang melancarkan 'Mobile Voting' selain terawal melaksanakan PRK pada tahun ini.
Katanya PRK UTeM yang berlangsung semalam itu bertujuan melantik barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) baharu bagi sesi 2018/2019 itu mencatatkan peratusan pelajar keluar mengundi sebanyak 74.49 peratus atau 8,888 pelajar.
Beliau berkata daripada jumlah itu, 8,482 melibatkan mahasiswa peringkat ijazah yang mengundi secara dalam talian di pusat-pusat mengundi, manakala 406 lagi pelajar lepasan ijazah dan yang sedang mengikuti latihan industri yang mengundi menerusi 'mobile voting'.
"Secara keseluruhan jumlah pelajar UTeM yang layak mengundi ialah sebanyak 11,932 orang di 11 pusat membuang undi melibatkan lima di kampus induk, lima di kampus teknologi dan satu di kampus bandar," katanya.
Beliau berkata pilihan raya kampus berkenaan dianjur dan diuruskan sepenuhnya Mantan MPP UTeM dengan pemantauan Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTeM yang berfungsi sebagai Suruhanjaya Pilihan Raya.
-- BERNAMA
*Gambar utama sekadar hiasan
Berkaitan
- PUBG Mobile Akan Kesan Penipuan Dalam Permainan Lebih Pantas
- Pelan Pascabayar Baru unifi Mobile Dengan Harga Permulaan RM19
- Siapa Main Mobile Legends? Anda Berpeluang Menang RM370,000
- U Mobile Kembangkan Lagi Penawaran 4G LTE Ke 40 Lokasi Di Utara Tanah Air
- U Mobile Jalin Kerjasama Dengan TIME DotCom Untuk Laksana Ujian 5G
- Mod Zombie Bakal Hadir Pada COD: Mobile
- Layari Media Sosial Tanpa Had Dengan App-Onz Dari U Mobile
- Call Of Duty: Mobile Mula Program Beta Tertutup Untuk Pengguna Di Malaysia, Ini Cara Untuk Sertainya
- Penggunaan unifi Mobile Terhad Kepada 5GB Bagi Telefon Tanpa LTE
- DJI Osmo Mobile 2 Bakal Dipasarkan Dalam Negara Tidak Lama Lagi, Berharga RM588