Apabila Razer membeli Nextbit sebelum ini, terdapat persoalan samada syarikat pembuat kelengkapan permainan itu akan mengeluarkan satu peranti telefon pintar. Jika dilihat pada akaun Twitter Razer, akan ada satu pengumuman penting dari mereka pada 1 November ini. Dalam iklan tersebut terlihat seorang lelaki sedang memegang satu peranti di tangannya yang kelihatan seperti telefon pintar. WATCH for…
Kategori: Utama
Huawei Sahkan Bateri Berkapasiti 4,000 mAh u
Dalam membina momentum untuk peranti terbaru mereka yang bakal menemui pasaran, Huawei telah mengesahkan yang bateri berkapasiti besar, 4 000 mAh akan disertakan untuk peranti Huawei Mate 10 nanti. Pengesahan ini bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana sebelum ini peranti Mate 9 telah pun menggunakan bateri berkapasiti yang sama. Huawei Mate 10 dijangka akan menjadi…
Tarikh Rasmi iPhone 8, 8 Plus Dijual Di Malaysia
Apple harini mengesahkan yang tarikh 20 Oktober dipilih sebagai hari bermula penjualan iPhone 8 dan 8 Plus di Malaysia. Mengikut laman sesawang rasmi Apple, dua peranti tersebut sudah boleh mula ditempah bermula 13 Oktober ini. Dan seperti kebiasaan, 4 syarikat utama telekomunikasi di Malaysia akan memperkenalkan pakej iPhone masing-masing dalam masa yang terdekat. Sebelum ini…
Apple Mula Mengurangkan Kebergantungan Terhadap Pengeluar Komponen Mereka
Apple mungkin menghasilkan peranti telefon pintar mereka dengan teknologi mereka tersendiri dari segi cip pemprosesan dan juga perisian namun masih terdapat beberapa komponen penting yang dibuat oleh syarikat lain. Masalah timbul apabila salah satu syarikat pembekal komponen mula disaman mereka atas sebab-sebab tertentu. Mengikut laporan dari Nikkei Asian Review, Apple sedang membesarkan harta intelek semikonduktor…
Konsep Perjalanan Bandar Ke Bandar Menggunakan Roket Dari Elon Musk
CEO SpaceX, Elon Musk telah mendedahkan pelan untuk pengembaraan dari Bumi ke Planet Marikh di persidangan industri angkasa lepas. Dalam masa yang sama, dia juga memperkenalkan satu konsep yang sama menggunakan roket untuk perjalanan di atas bumi. Dia membuat demonstrasi ideanya dimana penumpang roket boleh mengambil kebanyakkan perjalanan jauh dalam hanya 30 minit dengan membayar…
Kebanyakkan Pengguna UniFi Dan Time Berhadapan Risiko Dari Router Yang ‘Bocor’
Telekom Malaysia Bhd (TM) berkata mereka sedang menyiasat tentang kelemahan router D-Link DIR 850L yang digunakan bersama pelan jalur lebar UniFi. Mereka menjumpai salah satu sistem keselamatan ditutup secara default. Dalam satu kenyataan, kelemahan itu membolehkan penyerang untuk mengambil alih router itu secara jauh. Mereka memberi nasihat agar pengguna membuka balik ciri keselamatan ini bagi mengelakkan…
