Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
USM SANDISK

USM Dan Sandisk Lancar Makmal Inovasi Dan Automasi Industri Pertama Di Malaysia

Diterbitkan Ogos 11, 2025 · Dikemas kini Ogos 11, 2025 oleh ariff bukhari

Universiti Sains Malaysia (USM) dan Sandisk Corporation melancarkan USM-Sandisk Centre of Innovation and Automation Lab (CiA Lab) di fasiliti Sandisk, Batu Kawan .

Ia merupakan model ‘University in Industry’ pertama di Malaysia yang menggabungkan kecemerlangan akademik dengan inovasi industri.

Makmal ini yang sepenuhnya ditaja Sandisk, memberi tumpuan kepada Lights Out Manufacturing melalui 14 projek dalam tujuh bidang utama, sambil menyediakan latihan industri, program perantis dan peluang penyelidikan untuk pelajar.

USM SANDISK CIA LAB

Sandisk Batu Kawan yang dikenali sebagai 4IR Lighthouse pertama Malaysia dan Sustainability Lighthouse pertama Asia oleh WEF, membolehkan pelajar USM mendapat akses langsung kepada ekosistem pembuatan berteknologi tinggi.

Kerjasama ini turut disokong oleh Kementerian Pendidikan Tinggi sebagai usaha memperkukuh kolaborasi universiti-industri, memacu pembangunan bakat, inovasi teknologi, dan kesiapsiagaan tenaga kerja.

Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, memuji inisiatif ini kerana sejajar dengan visi ekonomi digital negara serta memperkaya pertukaran ilmu melalui seminar dan bengkel bertema Industri 4.0 seperti AI, robotik dan IoT.

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • (Video) EV BYD Dipanah Petir 3 Kali Berturut-Turut Di China
  • Bateri ASTRA Kini Diiktiraf SIRIM, Jenama Tunggal Bateri Di Malaysia Terima Pengesahan Penuh

Sumber: USM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY