Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
angkasa malaysia

UNOOSA Iktiraf Malaysia Negara Contoh Pembangunan Perundangan Angkasa

Diterbitkan Oktober 5, 2022 oleh ariff bukhari

Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Angkasa Lepas (UNOOSA) telah mengiktiraf Malaysia sebagai antara negara contoh dalam pembangunan perundangan angkasa di rantau Asia Tenggara lanjutan daripada pewujudan Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 [Akta 834].

Perkara itu telah diumumkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

“Bagi melaksanakan penguatkuasaan Akta 834 dan bertindak sebagai Setiausaha Eksekutif kepada Lembaga Angkasa Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menubuhkan Bahagian Penguasa Angkasa (BPA) pada bulan Julai 2022.” Kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba pada majlis perasmian sambutan Minggu Angkasa Sedunia ke-22 yang bertemakan ‘Kelestarian Angkasa’.

Berkaitan

  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14
Sempena Minggu Angkasa Sedunia, MOSTI melalui Planetarium Negara telah merangka pelbagai program-program menarik untuk pelbagai lapisan masyarakat bermula dari 4 hingga 10 Oktober 2022.
Antara program yang dijalankan adalah Pertandingan Video Pendek Kelestarian Angkasa anjuran bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Siri Webinar Bicara Planetarium, dan Pameran Maya Kesatria Angkasa.
Sumber: MYSA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY