Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Unifi TV Tawar Akses Percuma Untuk Aplikasi Penstriman Durioo+ Sepanjang Ramadan

Unifi TV Tawar Akses Percuma Untuk Aplikasi Penstriman Durioo+ Sepanjang Ramadan

Diterbitkan April 10, 2023 oleh ariff bukhari

Unifi TV sedang menawarkan percubaan percuma untuk selama sebulan bagi aplikasi penstriman terbaharunya, Durioo+, sepanjang tempoh Ramadan ini.

Malah Unifi TV juga akan menawarkan akses percuma kepada semua saluran premiumnya semasa perayaan Raya nanti.

Durioo+ ialah aplikasi penstriman yang menghasilkan dan melesenkan kandungan kanak-kanak yang menghiburkan dengan nilai, kebaikan dan akhlak Islam.

Unifi TV Tawar Akses Percuma Untuk Aplikasi Penstriman Durioo+ Sepanjang Ramadan

Dengan misinya untuk membesarkan kanak-kanak dengan eemaan, akhlak dan ‘ilm (kepercayaan, etika dan pengetahuan), Durioo+ menawarkan program seperti Mina Mila, Little Ammar, Abibi dan banyak lagi yang begitu menyeronokkan dan sesuai untuk pendidikan kanak-kanak berumur antara 1 hingga 12 tahun.

Ditawarkan tanpa iklan, percubaan percuma aplikasi penstriman ini boleh ditebus di unifi.com.my/raya sehingga 30 April 2023.

Unifi TV Tawar Akses Percuma Untuk Aplikasi Penstriman Durioo+ Sepanjang Ramadan

“Kami berbesar hati mengalu-alukan rakan kongsi aplikasi penstriman terbaharu kami, Durioo+, di mana program-programnya amat bermakna pada bulan Ramadan. Memandangkan keluarga meluangkan masa bersama semasa berpuasa, kami berharap dapat menyediakan kandungan yang selamat dan memberi inspirasi kepada kanak-kanak dan keluarga, mengukuhkan nilai dan nilai murni yang sangat ditekankan dalam tempoh ini”, Anand Vijayan, Ketua Pegawai Komersial TM dan Naib Presiden Eksekutif Unifi .

https://youtu.be/h7tcwMWSrOQ

Berkaitan

  • 7 Sebab Telefon Ini Patut Jadi Telefon Raya Anda
  • Cepat Sambar 3 'Game' Bernilai RM185 Ini Sekaligus Secara Percuma Sebelum Tawaran Tamat
  • HarmonyOS Mengejar Dominasi Pasaran Sistem Operasi Android Dan iOS

Sumber: TM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY