Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pas harian percuma unifi fifa world cup 2026

Unifi Tawar 100,000 Pas Harian FIFA World Cup 2026 Secara Percuma – Ini Cara Tebus

Diterbitkan Jun 24, 2026 ยท Dikemas kini Jun 24, 2026 oleh Amalina Athman

Unifi kini menawarkan sebanyak 100,000 Pas Harian FIFA World Cup 2026 secara percuma kepada semua pengguna bermula 24 Jun hingga 30 Jun 2026.

Melalui tawaran ini, pengguna berpeluang mendapatkan kod baucar Pas Harian Unifi FIFA World Cup 2026 secara percuma untuk menonton siaran langsung perlawanan menerusi laman web Unifi TV.

Cara tebus Pas Harian FIFA World Cup 2026 secara percuma

Sebelum itu, perlu diketahui bahawa pas percuma ini diberikan berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat. Unifi menyediakan 100,000 penebusan Pas Harian setiap hari sepanjang tempoh tawaran berlangsung, dengan setiap pengguna hanya layak menerima satu pas.

Pas yang berjaya ditebus pula hanya sah untuk perlawanan yang berlangsung dua hari selepas pendaftaran dibuat. Tarikh akses akan dinyatakan dalam e-mel pengesahan dan pas tersebut akan luput secara automatik jika tidak digunakan pada tarikh berkenaan.

Bagi mendapatkan baucar tersebut, pengguna perlu mendaftar melalui laman rasmi Unifi dengan memasukkan alamat e-mel dan menekan butang “Claim Now”. Jika pendaftaran berjaya dan kuota masih tersedia, kod baucar akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.

pas harian percuma unifi fifa world cup 2026_

Selepas menerima kod baucar, tebus pas harian tersebut melalui Unifi TV dengan langkah berikut:

  1. Log masuk atau daftar akaun di laman Unifi TV.
  2. Tatal ke bahagian Daily Pass Collection dan pilih “Buy Pass”.
  3. Pilih tarikh Pas Harian seperti yang dinyatakan dalam e-mel.
  4. Klik “Redeem Voucher”.
  5. Masukkan kod baucar yang diterima.

Unifi Tawar 100,000 Pas Harian FIFA World Cup 2026 Secara Percuma – Ini Cara Tebus

Setelah proses penebusan selesai, pengguna boleh mula menonton perlawanan pada tarikh akses yang ditetapkan.

Menurut Unifi, pas harian tersebut hanya sah untuk tarikh perlawanan yang dinyatakan pada baucar dan tempoh akses bermula pada jam 11 malam sehari sebelum tarikh perlawanan sehingga 11.59 malam pada hari perlawanan tersebut.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Unifi TV Kini Tawar Pas FIFA World Cup 2026 - Pas Musim Bermula RM50
  • Semak Jadual Perlawanan, Saluran Siaran Langsung Piala Dunia FIFA 2026 Di Unifi TV
  • Jadual Penuh Siaran Perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 Di RTM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY