Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tabung Haji x Unifi

Unifi Mobile Tawar 30 Ribu Kad Sim Percuma Kepada Jemaah Haji Malaysia

Diterbitkan Mei 9, 2024 · Dikemas kini Mei 9, 2024 oleh Athirah Isa

Unifi Mobile telah mengumumkan penawaran kad SIM prabayar yang percuma kepada 30,000 jemaah serta kakitangan dan sukarelawan Tabung Haji untuk musim haji 2024.

Hal ini merupakan satu inisiatif yang sebahagian daripada program Sahabat Korporat TH 2024 dengan menyediakan perkhidmatan ketersambungan dan nilai tambah digital bagi jemaah haji yang akan berangkat ke tanah suci.

Tambahan pula, mereka yang menunaikan haji pada tahun 2024 sememangnya layak menerima kad SIM Unifi Mobile sebagai sebahagian daripada tawaran Pas Timur Tengahnya.

Kad SIM ini akan disediakan semasa kursus anjuran Tabung Haji dan Unifi Store di seluruh negara, sebelum musim haji.

Berkaitan

  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Bukan itu sahaja, Tawaran Pas Timur Tengah Unifi Mobile merangkumi pelbagai pelan data tanpa had untuk pilihan pelanggan.

Hal ini bertujuan untuk memenuhi keperluan ketersambungan semasa mengerjakan haji antara pas satu (1) hari berharga RM15 hingga pas 45 hari* berharga RM125.

Layari Unifi Mobile bagi mereka yang bakal menunaikan ibadah haji pada tahun 2o24 bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut dari semasa ke semasa.

Sumber: Siaran Media Unifi Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion
  • EV Kini Bantu Jimatkan 1.2 Juta Tong Minyak Global Sehari - Laporan
  • Apple Pay Kini Sokong Kad Public Bank
  • Cat 'Serap' Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
  • HONOR Magic9 Pro Max Kini Boleh Ditempah Di Malaysia, Hadiah Bernilai RM5,006 Untuk Pembeli Awal
  • ChatGPT Kini Gantung Akses 24 Jam Jika Cuba Cari CSAM
  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
  • GrabPay Bakal Tambah Sokongan DuitNow Transfer
©2026 WISER.MY