Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
unifi mobile

Unifi Mobile Tawar Data 200GB, Hanya RM1 Untuk Pelan Pascabayar UNI5G

Diterbitkan Julai 31, 2024 ยท Dikemas kini Julai 31, 2024 oleh Amsyar Latif

Tahun lalu, Unifi melancarkan pelan pascabayar UNI5G baharu dengan harga serendah RM39 sebulan bersama 30GB data (5G/4G), 30GB hotspot, panggilan tanpa had, RM0.15 per SMS dan tiada kontrak.

Terbaru, Unifi mengadakan kempen dengan menawarkan 200GB data 5G untuk RM1 sahaja. Namun, ia terhad untuk pelan UNI5G postpaid 39 sahaja dan promosi sah sehingga 31 Oktober 2024.

Screenshot 2024-07-31 at 3.33.12 PM

Melaluinya, pengguna hanya perlu membayar RM40 dan akan menerima 230GB data untuk sebulan. Pelan ini akan diperbaharui setiap bulan selepas diaktifkan.

Sekiranya anda mahu mengaktifkannya, anda boleh menggunakan aplikasi Unifi Mobile atau portal Unifi atau stor Unifi berhampiran.

Perlu diingatkan yang data tersebut tidak boleh digunakan untuk hotspot dan tidak ditawarkan untuk pelan UNI5G postpaid 69 dan UNI5G postpaid 99.

Berkaitan

  • Beli Barang Elektronik Lebih Berbaloi Di Platform Ini
  • Telefon 5G Ini Paling Rahmah, Ada Storan Besar, AI Dan Fon Susah Pecah
  • Perbandingan Gambar: Model Ini Ternyata Lebih Berbaloi

Sumber: unifi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY