Berdasarkan pengumuman hari ini, naik taraf kelajuan melalui Unifi Turbo telah dinikmati lebih dari 910,000 pelanggan unifi disamping lebih dari 66% daripada 340,000 pelanggan Streamyx yang berada dalam kawasan unifi telah dinaik taraf kepada jalur lebar fiber optik itu pada harga yang sama seperti pelan semasa mereka. TM juga mengalakkan pengguna Streamyx mengambil peluang naik taraf percuma ke unifi.
Selain itu, bagi perkhidmatan mudah alih, pelan pascabayar dengan harga permulaan RM19 turut diperkenalkan pada Disember tahun lalu. Pengguna tidak terikat pada sebarang kontrak dan boleh memilih pelan RM19, RM29, RM39 ataupun RM59.
Antara promosi baru yang boleh kita lihat adalah seperti pemasangan perkhidmatan unifi dalam tempoh 24 jam selepas pendaftaran. Caj pemasangan juga adalah percuma sehingga 31 Mac 2019 dimana selepas tempoh tersebut, caj RM200 akan dikenakan semula.
Walaupunbegitu, unifi mungkin boleh menambahbaik capaian rangkaian serta mengemaskini pelan mudah alih diatas seperti contoh pelan RM29.
Hal ini kerana sebilangan pengguna menyatakan terdapat pelan dari telco lain berbaloi dipilih dalam lingkungan harga tersebut.
Ini tidak termasuk lagi dengan keluhan pengguna Streamyx diliuar kawasan unifi. Walaupun ditawarkan dengan kelajuan yang digandakan, tetapi masih lagi tiada #khabarbaik dari segi harga langganan.
Diharapkan kita akan mendengar lebih banyak lagi #khabarbaik dari Unifi untuk tahun 2019 ini.
Berkaitan
- Penggunaan unifi Mobile Terhad Kepada 5GB Bagi Telefon Tanpa LTE
- Tawaran Data LTE Percuma Unifi Mobile Kini Hanya 10GB
- TM Perkenal Pelan Internet UniFi Edu Dan UniFi eBiz, Harga Bermula Dari RM99 Sebulan
- Kempen Bonanza Dari TM - Harga Promosi Bagi Streamyx 8Mbps (RM89) Dan UniFi Advance 30Mbps (RM139)
- Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Pelan Unifi 30Mbps RM39
- Unifi 100Mbps Tetap Kekal Pada Harga RM129 Selepas Tempoh 2 Tahun
- Sebahagian Pengguna Sudah Mula Terima Naik Taraf Unifi Turbo Lebih Awal
- Unifi Mobile Tawar Pelan Tanpa Had Untuk Kakitangan Kerajaan Pada Harga RM59
- Pelanggan UniFi dan Streamyx Terima Akses Percuma iflix Selama Setahun
- Harga Pelan 100Mbps Unifi Pek OKU Dilihat Lebih Mahal Daripada Pakej 100Mbps Biasa