Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Penyelidik: Ais Laut Artik Hampir Ditahap Terendah Dalam Sejarah, Ais Antartika Juga Terus Merosot

Penyelidik: Ais Laut Artik Hampir Ditahap Terendah Dalam Sejarah, Ais Antartika Juga Terus Merosot

Diterbitkan Oktober 1, 2024 · Dikemas kini Oktober 1, 2024 oleh ariff bukhari

Ais laut Artik semakin mengecil menghampiri ke paras terendah dalam sejarah di Hemisfera Utara musim panas ini yang berkemungkinan mencair ke tahap minimum untuk tahun ini pada 11 September 2024 lalu.

Menurut penyelidik di NASA dan Pusat Data Salji dan Ais Kebangsaan (NSIDC), penurunan itu meneruskan trend litupan ais yang mengecut dan menipis selama beberapa dekad di Lautan Artik.

Jumlah air laut beku di Artik berubah-ubah sepanjang tahun apabila ais mencair dan tumbuh semula antara musim.

Para saintis mencartakan perubahan ini untuk membina gambaran bagaimana Artik bertindak balas dari semasa ke semasa kepada peningkatan suhu udara dan laut serta musim cair yang lebih lama.

Sepanjang 46 tahun yang lalu, satelit telah memerhatikan trend berterusan yang menunjukkan lebih banyak pencairan pada musim panas dan kurang pembentukan ais pada musim sejuk.

Ketua Makmal Sains Kriosfera NASA di Pusat Penerbangan Angkasa Goddard di Greenbelt, Maryland berkata, keadaan ini bukan sahaja berkaitan Ais laut yang semakin mengecut dan menipis tetapi juga ais kini turut semakin muda.

Ia ekoran daripada litupan ais yang kurang mampu bertahan pada bulan-bulan yang lebih panas.

Pengukuran ketebalan ais yang dikumpul dengan altimeter bawaan angkasa, termasuk satelit ICESat dan ICESat-2 NASA, telah mendapati bahawa kebanyakan ais tertua dan tebal telah hilang.

Penyelidikan baharu daripada Makmal Pendorong Jet NASA di California Selatan menunjukkan bahawa di Artik tengah, jauh dari pantai, ais laut kini jatuh berlegar sekitar 4.2 kaki (1.3 meter) tebal, turun daripada ketebalan 8.8 kaki (2.7 meter) pada tahun 1980 dulu.

Penyelidik NASA juga mendapati, pemanasan global telah sampai ke Lautan Selatan.

Sebelum 2014, ais laut di Antartika meningkat sedikit kira-kira 1% setiap dekad. Walau bagaimanapun, pertumbuhan ais itu telah menurun secara mendadak selepas 2014.

NASA menjelaskan, keadaan ini berlaku kerana disebabkan oleh fakta bahawa walaupun ais laut yang terang memantulkan sebahagian besar tenaga Matahari kembali ke angkasa, tetapi air laut terbuka menyerap 90% daripadanya.

Dengan lebih banyak lautan terdedah kepada cahaya matahari, suhu air meningkat, seterusnya melambatkan pertumbuhan ais laut. Kitaran pemanasan  ini dipanggil sebagai ‘maklum balas ais-albedo’.

Akibatnya, kehilangan ais laut telah meningkatkan haba di Artik, di mana suhu telah meningkat kira-kira empat kali ganda purata global.

Berkaitan

  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • ‘Lautan’ Panel Suria Dibangunkan Di Kawasan Gurun China
  • SAIC-GM Dan CATL Bekerjasama Lancar Bateri EV Boleh Beri Jarak Lebih 200KM Selepas Dicas 5 minit

Sumber: NASA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY