Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kasut Apple

“Ultra-Rare” Kasut Apple Ini Berharga Lebih RM225 Ribu

Diterbitkan Ogos 1, 2023 · Dikemas kini Ogos 1, 2023 oleh ariff bukhari

Jika anda memang seorang yang betul-betul peminat tegar Apple, atau pengumpul kasut, barangan rare dan memorabilia, anda pasti akan tertarik dengan sepasang kasut ini.

Ia bukan sebarang kasut tetapi ia adalah kasut Apple yang dikenali sebagai Omega Sports Apple Computer Sneakers yang tidak pernah dijual di mana-mana dalam dunia.

Barang bersejarah Apple yang luar biasa ini tersenarai untuk dijual di laman lelong berprestij Sotheby’s dengan tanda harga sebanyak USD50,000 (~RM225,000), sekaligus menjadikannya barangan eksklusif dan unik untuk ditambahkan ke dalam koleksi anda.

Screenshot 2023-08-01 at 10.45.11 AM
Kredit: Sotheby’s

Pada tahun 1986 dahulu, selain produk komputer, Apple turut menawarkan rangkaian barangan dan pakaian berjenama Apple di bawah nama “The Apple Collection.”

Koleksi ini menampilkan logo pelangi ikonik dan imejan komputer Macintosh.

Walau bagaimanapun, kasut Omega Sports Apple Computer Sneakers ini bukanlah sebahagian daripada koleksi rasmi tersebut.

Sebaliknya, ia dibuat khas secara eksklusif untuk pekerja Apple pada pertengahan 1990-an. Kasut ini tidak dijual kepada orang ramai tetapi sebagai hadiah cenderahati yang dikeluarkan sekali sahaja ketika Persidangan Jualan Kebangsaan yang diadakan Apple dahulu.

Ini menjadikan kasut ini lebih bernilai dan sangat jarang ditemui.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • MYTV Lancar Servis Penstriman Percuma "MYTV Mana-Mana"
  • iPhone 15 Pro Dikatakan Lebih Senang Dibaiki, Kos 'Repair' Juga Mungkin Menurun

Sumber: ubergizmo

(Beli pelbagai produk asli Apple seperti dari stor Shopee Mall Switch dan LazMall Switch)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY