(Ulasan) OPPO Enco X2 - Macam AirPods Pro Tapi Bukan

Fon telinga tanpa wayar premium dari OPPO untuk tahun ini, Enco X2 sudah tersedia dan telah dijanjikan untuk menyampaikan bunyi terbaik dengan pembatalan hingar.

Dibangunkan dengan kerjasama pakar audio Denmark Dynaudio, OPPO Enco X2 menawarkan hampir setiap ciri fon telinga TWS yang ada di pasaran.

Terdapat pembatalan hingar aktif (ANC), gandingan dwi peranti, sokongan untuk codec audio LHDC, penarafan IP54, pengecasan tanpa wayar dan hayat bateri gabungan pada tempoh sepanjang 40 jam mendengar.

Rekaan Enco X2


Jika dilihat pada reka bentuknya, Enco X2 berasa seperti evolusi rekaan Enco X. Enco X2 masih menerima reka bentuk in ear dengan hujung telinga getah yang kini mempunyai salutan anti-kuman khas.



Sepanjang penggunaan, Enco X2 terletak selesa di telinga saya dan berjaya mencipta pengedap yang cukup baik. Namun, untuk penggunaan dalam tempoh yang lama, mungkin kerana saya memakai tudung, telinga saya mula berasa agak sakit dan kurang selesa.

oppo enco x2

Rekaan bekas penyimpanannya pula tidak banyak berubah daripada model tahun lepas dan masih diperbuat daripada plastik berkilat yang tentunya tidak menjadi masalah pada model putih yang kami terima.

Terdapat penjenamaan OPPO kecil di bahagian atas penutup bekas manakala bahagian belakang memaparkan logo Dynaudio berwarna perak.

oppo enco x2

Penunjuk pengecasan bateri diletakkan di bahagian bawah bekas di sebelah port USB-C manakala LED kedua terletak di bawah penutup bekas.



Bercakap tentang penutupnya, bagi saya, ia dibina kukuh dan boleh menyokong berat keseluruhan bekas dengan sendirinya sambil ditutup dengan bunyi yang kukuh.

Ciri ANC pada Enco X2


Seperti yang digembar-gemburkan OPPO, sambungan Bluetooth pada peranti ini boleh saya katakan selamat dan tiada sambungan terputus sepanjang penggunaan saya.

Enco X2 juga berjaya mengekalkan sambungan yang stabil walaupun semasa saya bergerak mengelilingi bilik saya di hujung yang bertentangan dari telefon saya yang disambungkan.

Pembatalan hingar (ANC) yang ada pada Enco X2 ini juga berjaya menyekat bunyi statik dalam spektrum rendah dengan cukup baik dan malah berfungsi dengan baik dalam persekitaran pejabat.

oppo enco x2

Namun, jika saya bandingkan dengan AirPods Pro dari Apple, tentunya Enco X2 masih tidak dapat menandingi kualiti ANC pada fon telinga dari Apple.

Rumusan


Apa yang boleh saya simpulkan, OPPO Enco X2 didatangkan dengan ciri dan kualiti audio serta binaan premium yang cukup memuaskan.

OPPO Enco X2 dijual pada harga RM799 dan anda boleh dapatkan melalui pautan di bawah.
Lazada - https://invol.co/clatt3x

Shopee - https://invol.co/clatt42

Baca juga:

Berkaitan