Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HUAWEI Watch GT 4

(Ulasan) Huawei Watch GT 4 – Ada Gaya, Ciri Pun Kaya

Diterbitkan Disember 14, 2023 · Dikemas kini Disember 15, 2023 oleh ariff bukhari

Huawei secara rasminya telah pun melancarkan jam pintar terbaru mereka iaitu Huawei Watch GT 4 pada pertengahan September 2023 lalu.

Hadir dalam rekaan anggun dan bergaya dengan penilitian pada perincian produk, Huawei turut menaik taraf jam pintar ini dengan ciri carian isyarat GPS automatik dan GPS yang lebih tepat.

Terdapat banyak jam pintar dan jam sukan di pasaran ketika ini.

Untuk sepanjang tahun ini sahaja, pelbagai model jam pintar dan jam sukan dilancarkan dari pelbagai jenama.

Jadi, bagaimana dengan prestasi Huawei Watch GT 4 ini dalam realiti aktiviti kehidupan sebenar?

Selesa, bergaya

Selepas mencuba sendiri memakai Huawei Watch GT 4 untuk hampir 2 bulan lamanya, Huawei Watch GT 4 selesa dipakai untuk aktiviti kasual.

Malah ia amat sesuai dipakai untuk acara rasmi kerana kualiti binaan jam ini nampak begitu anggun dan bergaya.

HUAWEI Watch GT 4
Memakai Huawei Watch GT 4 terus jadi auto hensem, premium dan bergaya.

Skrin padu, lancar 

Sepanjang menguji pelbagai model jam dari Huawei, skrin jam mereka tidak pernah mengecewakan.

Termasuklah untuk Huawei Watch GT 4 ini yang dilengkapi skrin AMOLED bersaiz 46mm.

HUAWEI Watch GT 4
Bateri HUAWEI Watch GT 4 mampu bertahan selama 4 hingga 5 hari dalam penggunaan aktif. Tetapi mampu bertahan lebih daripada 7 hari dalam penggunaan biasa.

Melihat segala info di skrin jam ini tiada isu sama ada di dalam bilik yang gelap mahupun di bawah sinaran matahari yang terang-benderang.

Menatal mengakses jam pintar Huawei ini sememangnya menyeronokkan. Tiada lag, ‘crystal clear‘.

Fokus Huawei Watch GT 4

Apabila melihat jam ini, secara automatik menampakkan bahawa Huawei ingin menjadikan Watch GT 4 sebagai sebuah jam pintar premium, bergaya dan eksklusif.

Sesuai untuk digayakan dalam apa jua situasi.

Namun begitu, apabila melihat ke dalam apa yang ditawarkan pada ciri jam ini pula, ia sebenarnya menyasarkan satu tujuan penting iaitu penjagaan kesihatan dan corak pemakanan.

Ini dapat dilihat perletakan ikon salah satu ciri penting jam ini iaitu kcal yang secara lalai terletak di tengah-tengah paparan jam ini.

kcal HUAWEI Watch GT 4

Ciri ini sekaligus membolehkan pengguna memantau kadar kalori yang diterima dan telah dihabiskan badan berdasarkan aktiviti terus dari jam ini.

Tidak sepertimana biasa yang memerlukan anda melihat status kalori itu di dalam aplikasi di telefon pintar.

Ciri istimewa ini sekaligus membantu anda belajar tentang meningkatkan tahap kecergasan anda atau kehilangan berat badan dengan membakar kalori dan membantu memastikan anda bermotivasi untuk kekal aktif.

kcal HUAWEI Watch GT 4

Kesimpulan

Apa yang dapat disimpulkan setelah bersama dengan Huawei Watch GT 4 ini untuk tempoh yang agak lama, ia adalah sebuah jam pintar eksklusif dengan rekaan premium dan bergaya.

Huawei ingin membawa peranti boleh pakai mereka ini digayakan seiring dengan fesyen semasa tetapi pada masa yang sama sebagai peranti penting untuk memantau aktiviti harian, riadah dan kesihatan.

HUAWEI Watch GT 4
Tali jam versi Grey (besi tahan karat) ini menjadikan HUAWEI Watch GT 4 agak berat dipakai. Menukar talinya pula sedikit leceh kerana ia sukar untuk ditanggalkan

Walau bagaimanapun, ketiadaan 2 ciri utama iaitu sokongan ECG dan pengimbas Arterial stiffness mungkin menyebabkan peminat jam sukan tegar untuk beralih kepada model jam lain yang tersedia dengan ciri tersebut.

HUAWEI Watch GT 4
HUAWEI Watch GT 4 sebenarnya agak berat menjadikannya mungkin kurang selesa dipakai ketika melakukan aktiviti sukan kepada sebahagian pengguna.

HUAWEI Watch GT 4 ditawarkan dalam 2 varian, 46mm yang lebih maskulin dan 41mm yang hadir dalam rekaan lebih sesuai dipakai ditangan wanita.

Pilihan tali jam pula terdiri daripada pelbagai warna dan material mengikut kesesuain dan keselesaan anda.

Harga jualan jam pintar HUAWEI Watch GT 4 adalah bermula dari RM1,099 (varian 46mm dan 41mm).

Beli HUAWEI Watch GT 4 di Shopee – https://invl.io/clkg5kj

Beli HUAWEI Watch GT 4 di Lazada – https://invol.co/clkg5kz

Berkaitan

  • (Ulasan) Garmin Venu SQ 2 Music Edition - Spesifikasi Dipertingkat, Harga Lebih Mahal
  • Garmin Forerunner 965 - Ciri Tak Ada Yang Boleh Lawan Tapi UI Tak Cukup 'Layan'
  • (Ulasan) Amazfit Cheetah (Round) - Antara Jam Sukan Permulaan Terbaik Dan Mampu Milik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tonton Netflix Dan YouTube Di UK Mungkin Perlu Bayar Lesen TV £180 Setahun
  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
  • Xbox Generasi Baharu Dilapor Mungkin Berharga Sehingga AS$1,800
  • Jualan Tiket Bas Ekspres Hanya Melalui Terminal Berlesen Mulai 1 November
  • Pusat Data Google Cloud Terputus Bekalan Tenaga, Urusan Bank Di UK Terjejas
  • DJI Osmo Pocket 4P Pearl White Kini Dijual Di Malaysia, Harga RM2,419
  • Antigravity Lancar Alat Kawalan Dan Aksesori Baharu Bagi Dron A1
©2026 WISER.MY