(Ulasan) Amazfit Cheetah (Round) - Antara Jam Sukan Permulaan Terbaik Dan Mampu Milik

Pada tahun ini, Zepp telah pun melancarkan sebuah lagi jam sukan terbaru mereka iaitu Amazfit Cheetah. Ia merupakan sebuah jam sukan berprestasi tapi ditawarkan pada harga yang mampu milik.

Jadi apa yang menariknya dengan Amazfit Cheetah?

{snap}

Ringan dan nipis




Paling dirasai perbezaan jam sukan Amazfit Cheetah ini adalah ia begitu ringan dan nipis. Tak terasa terganggu ketika melakukan sebarang aktiviti ketika sedang memakainya.

Sekaligus menjadikannya selesa dipakai ketika melakukan aktiviti lasak sama di pusat gym mahupun aktiviti luar.

{snap}

Mudah diguna




Salah satu yang menariknya dengan Amazfit Cheetah adalah ia begitu mudah diguna dan pelbagai ciri yang ditawarkan jam sukan ini begitu mudah diakses.

Jika anda orang yang baru mengenali jam sukan, anda tidak akan berasa kekok untuk terokai ciri-ciri yang ditawarkannya.

Jadi, ia amat sesuai bagi mereka yang mencari sebuah jam sukan yang mesra pengguna dan amatur.

{snap}

Tepat




Untuk sebuah jam sukan, salah satu ciri utama yang penting adalah ciri GPS. Jadi anda tidak perlu risau kerana Amazfit Cheetah dilengkapi dengan ciri GPS.

Malah ciri GPS pada jam sukan ini juga tepat serta ukuran kelajuan dan jarak yang dipaparkan ketika anda melakukan aktiviti seperti berbasikal, data yang diberikan hanya kurang +- 1 sahaja.

{snap}

Antara muka lancar




Apa yang menyeronokkan ketika menggunakan Amazfit Cheetah adalah kelancaran antara mukanya.

Malah ia jauh lebih lancar berbanding jam sukan berjenama yang lebih mahal harganya. Jadi, menatal dan mengakses ke dalam ciri-ciri jam sukan ini memang menyeronokkan.

Paparan AMOLED bersaiz 1.39 inci nya juga memberikan kejelasan yang yang cukup terang dengan keupayaan kadar kecerahan sehingga 1000nits.

{snap}

Walau bagaimanapun...




Amazfit Cheetah bolehlah penulis katakan ia sebagai sebuah jam sukan permulaan. Jadi terdapat beberapa kekurangan seperti ketiadaan ciri premium mengukur suhu badan, ECG dan lain-lain.

Malah keupayaan bateri yang didapati penulis juga hanya sekitar 3 hingga 4 hari sahaja untuk penggunaan aktif seharian. Tapi ia mungkin sudah cukup memadai bagi anda kerana tidak perlu dicas setiap hari.

Satu lagi yang agak menjengkelkan adalah skrin jam ini apabila terkena air, antara mukanya akan terganggu seolah-olah skrinnya disentuh. Jadi ia akan secara tiba-tiba bergetar seperti ia sedang disentuh, walhal tidak.

Tapi ia mungkin dapat diatasi menerusi kemas kini.

{snap}

Kesimpulan




Amazfit Cheetah adalah sebuah jam sukan yang dibina untuk aktiviti lasak dan sesuai untuk anda yang mahukan sebuah jam sukan yang mudah digunakan serta kaya dengan pelbagai ciri-ciri moden.

Tetapi pada masa yang sama bergaya dan berprestasi. Malah untuk sebuah jam sukan yang berharga kurang dari RM1000 ini, ia sekaligus menjadikan ia sebagai salah satu pilihan jam sukan permulaan terbaik yang ada ditawarkan di pasaran ketika ini.

Beli Amazfit Cheetah di Shopee - https://invl.io/clk433a