Bagi anda yang mahukan sebuah komputer riba harga bajet rendah dan sederhana tapi cukup berprestasi, anda mungkin patut memasukkan komputer riba Huawei MateBook D 15 ini.
Pilihan spesifikasi
Terdapat sebanyak 4 spesifikasi bagi komputer riba Huawei MateBook D 15 yang boleh anda pilih.
Anda boleh memilih MateBook D 15 anda dikuasakan oleh cip Intel Core i3 Gen-10, memori 8GB RAM dan storan 256GB dengan grafik dari Intel UHD hanya pada harga serendah RM1,899.00.
Atau memilih model yang dilengkapi dengan cip Intel Core i5 Gen 11, memori 16GB RAM dan storan 512GB serta grafik oleh Intel Iris yang berharga RM3,399.00.
Bagi unit MateBook D 15 yang kami terima dari Huawei, ia dikuasakan oleh cip Intel Core i5-1135G7, Gen-11 berkuasa 2.40GHz, memori RAM 8GB dengan storan 512GB serta grafik Intel Iris yang berharga RM3,099.00.
Jadi, apa yang menarik dengan MateBook D 15 ini?
Paparan 15 inci anti-silau

MateBook D 15 dilengkapi dengan panel IPS anti-silau beresolusi 1920x1080 bersaiz 15.6 inci.
Kadar kecerahan panel IPS ini adalah memuaskan (250nit) yang mampu memaparkan imej dengan terang dan jelas pada sebarang situasi walaupun berada di bawah cahaya matahari yang terang.
Visual video yang dipaparkan juga sangat memuaskan untuk anda layan cerita-cerita kegemaran anda di sini.
Besar tapi ringan
Walaupun bersaiz 15 inci, komputer riba ini selesa dibawa ke mana sahaja kerana ia agak ringan di mana hanya seberat 1.56kg sahaja.
Ketebalannya pula hanya 16.9mm sahaja.

Wi-Fi 6
Memanfaatkan Wi-Fi generasi terbaru, MateBook D 15 dilengkapi dengan perkakasan Wi-Fi 6 yang berupaya melajukan lagi rangkaian sehingga 2.7 kali lebih laju dari generasi Wi-Fi sebelum ini.
Kelebihan lain
Selain itu, MateBook D 15 juga dilengkapi dengan ciri imbasan cap jari pada butang hidup serta memberikan kelebihan kepada pengguna yang yang turut memiliki barangan Huawei yang lain seperti telefon pintar.

Di bawah ekosistem yang sama, peranti Huaweu yang lain seperti telefon pintar Huawei boleh dihubungkan dengan mudah serta melancarkan proses memindahkan data antara peranti dan lain-lain melalui ciri Super Device.

Walaubagaimanapun, terdapat kelemahan yang agak ketara dan pastinya akan menjengkelkan pengguna iaitu ketiadaan ciri backlit pada papan kekuncinya.
Ini sememangnya mengecewakan kerana ketiadaan cahaya lampu dari papan kekunci menyebabkan sukar untuk pengguna menaip di dalam gelap.
Tambahan pula di era 2022 ini, ciri backlit sepatutnya bukanlah lagi satu ciri mewah pada mana-mana model komputer riba.
Pengguna pastinya mahukan papan kekunci komputer riba mereka tersedia dengan ciri backlit sekaligus dapat menaip dalam keadaan gelap dengan selesa dan lancar.

Kesimpulan
Selepas lebih 2 minggu menggunakannya, bolehlah penulis simpulkan bahawa Huawei MateBook D15 adalah sebuah komputer riba yang ditawarkan kepada mereka yang mahukan sebuah laptop berprestasi sederhana pada harga mampu milik.
Kelebihan saiz paparan anti-silau yang bersaiz 15.6 inci, storan 512GB, sambungan Wi-Fi 6 serta keupayaannya menjalankan sistem operasi Windows 11 adalah kelebihan utama yang ada pada komputer riba ini.
Malah jika anda memang pengguna tegar Huawei, ia memberikan kelebihan untuk anda memanfaatkan ekosistem yang ditawarkan.
Baca juga:
- (Ulasan) Samsung Galaxy A73 - Telefon 'Mid Range' Cuba Jadi 'Flagship'
- (Ulasan) iPhone SE 2022 - Kecil Dan Berkuasa Tapi Harap Ini Yang Terakhir
- (Ulasan) vivo Y21T - Sesuai Untuk Yang Mahu Telefon Dengan Bateri Tahan Lama
Berkaitan
- Insiden Penipuan Siber Di Malaysia Adalah Tertinggi Bagi Suku Pertama 2021
- Windows 10 Mula Menyekat Aplikasi "Merepek" Dari Di Pasang Ke Dalam Sistem Komputer
- HUAWEI nova 8i Dilancarkan, Menyokong Pengecasan Pantas 66W
- Twitter Berkata, Mereka Mungkin Telah Menggunakan Data Peribadi Penggunanya Untuk Pengiklanan Tanpa Kebenaran
- Versi Lama Antaramuka YouTube Di Komputer Akan Ditamatkan Pada Mac Ini
- Xiaomi Dinobatkan Jenama Telefon Pintar Nombor Satu Di Malaysia Setakat Suku Pertama 2021
- Ini Cara Semak Dan Panduan Mengaktifkan TPM 2.0 Pada Komputer Anda
- Kelajuan Jalur Lebar Mudah Alih Negara Berjaya Ditingkatkan Sebanyak 6.34Mbps Pada Tahun 2021 Lalu
- Razer Memperkenalkan Komputer Riba Permainan Ultra Nipis Pertama Di Dunia - Razer Blade Stealth 13
- Acer Umumkan Komputer Riba Aspire Vero Edisi Terhad National Geographic, Berharga RM4,299.00