Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR MagicBook Art 14 2025

(Ulasan) HONOR MagicBook Art 14 2025 – Ultra Nipis Premium Untuk Si Pengembara

Diterbitkan Oktober 14, 2025 oleh ariff bukhari

Ringkasan Ulasan: HONOR MagicBook Art 14 2025

Wiser memberi HONOR MagicBook Art 14 2025 skor 8.5/10. Harganya di Malaysia ialah RM5,999 semasa ulasan ini diterbitkan pada 14 Oktober 2025.

Produk HONOR MagicBook Art 14 2025
Skor Wiser 8.5/10
Harga (semasa ulasan) RM5,999
Diulas oleh ariff bukhari
Tarikh ulasan 14 Oktober 2025

Kelebihan

  • Ultra nipis dan ringan
  • Warna baru
  • Bateri 12 jam
  • Spesifikasi lebih berkuasa

Kekurangan

  • Intel Arc belum cukup kuat
  • Tidak sesuai untuk gaming

Beli di: Shopee · Lazada

Pengguna sekarang mahukan peranti yang ringan, nipis dan berkuasa.

Memahami kehendak inilah, HONOR hadir dengan model terbaru komputer riba ultra nipis mereka, MagicBook Art 14 2025.

Dengan reka bentuk ultra nipis 1cm dan hanya seberat 1kg, komputer riba ini bukan sekadar alat kerja, tapi adalah karya seni yang boleh dibawa ke mana-mana.

HONOR MagicBook Art 14 2025

Reka Bentuk Premium

HONOR menggabungkan seni dan teknologi melalui kemasan suede seperti baldu, dengan menam[pilkan warna baharu iaitu Mocha Brown dan mengekalkan  Emerald Green dari model terdahulu.

Walaupun nipis, ia begitu kukuh dengan struktur dalaman menggunakan aloi titanium yang dreka bentuk nipis dan bergaya.

HONOR MagicBook Art 14 2025
Kamera magnetik boleh tanggal pula menawarkan privasi serta fleksibiliti.

Paparan sentuh OLED 3.1K

Apa yang menjadikan laptop ini begitu menarik sudah tentulah pada skrin 14.6 inci OLED dengan resolusi 3.1K dan kadar segar semula 120Hz yang memberikan visual yang tajam, terang dan lancar.

Malah skrin OLED besar ini menyokong kadar kecerahan setinggi 1,600nits.

Cuma sedikit kekurangannya adalah walaupun HONOR menyatakan paparan ini dilapisi dengan lapisan anti silau, tetapi ia masih sedikit silau di bawah cahaya terang.

Namun, dengan teknologi HONOR Eye Comfort, ia dapat mengurangkan keletihan mata, sekali gus sesuai untuk kerja panjang.

HONOR MagicBook Art 14 2025
Suka ditegaskan, HONOR MagicBook Art 14 2025 tidak sesuai untuk gaming.

Spesifikasi lebih berkuasa

Berbanding model 2024nya, HONOR MagicBook Art 14 2025 dikuasakan oleh Intel® Core™ Ultra 7 255H dengan 16 teras dan GPU ARC terbina.

Ia memberikan lebih prestasi untuk tugasan berat seperti kerja grafik dan AI.

Malah keupayaan bateri turut dipertingkat dengan memberikan operasi sehingga 12 jam berbanding 10 jam sebelum ini.

HONOR MagicBook Art 14 2025 juga dilengkapi sebanyak 6 pembesar suara dengan HONOR Spatial Audio menghasilkan bunyi 3D untuk hiburan berkualiti.

HONOR MagicBook Art 14 2025
Walaupun direka nipis, ia lengkap dengan pelbagai jenis port untuk sokongan peranti luar seperti Thunderbolt™ 4, USB-C, HDMI 2.1 dan bicu audio 3.5mm

Kesimpulan

HONOR MagicBook Art 14 adalah komputer riba lengkap dengan pakej yang menggabungkan seni reka bentuk moden, teknologi dan produktiviti.

Ia begitu sesuai untuk profesional kreatif, pelajar, atau pengembara yang mahukan sebuah laptop ringan dan nipis, reka bentuk bergaya serta berprestasi.

HONOR MagicBook Art 14 2025 sudah pun tiba di Malaysia pada harga RM5,999.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • (Ulasan) HONOR MagicBook Pro 14 - Laptop Premium Untuk Kerja Pejabat
  • Siri vivo X300 Dilancar, X300 Pro Perkenal Super Telefoto 200MP ZEISS APO

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY