Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
acer swift-5

(Ulasan) Acer Swift 5 – Komputer Riba Premium Yang Masih Mampu Milik

Diterbitkan September 15, 2022 oleh ariff bukhari

Acer Malaysia untuk tahun ini sekali lagi membawa masuk antara komputer riba terbaik mereka yang turut menjadi pilihan pengguna di Malaysia iaitu Acer Swift 5.

Untuk model yang penulis terima ini, komputer riba Acer Swift 5 ini dilengkapi dengan spesifikasi tertinggi yang dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core i7-1260P Gen-12, RAM 16GB LPDDR5 dan storan 1TB serta skrin sentuh LCD dengan panel IPS 14 inci (2560 x 1600).

Ringan dan berkuasa

Acer Swift 5 ini bolehlah penulis katakan ia sebagai sebuah komputer riba yang ringan. Walaupun bersaiz 14 inci, rekaannya masih nampak kompak dan hanya seberat 1.2kg sahaja.

Jadi untuk membawanya ke lokasi luar adalah sangat sesuai dan tidak membebankan.

Ditambah pula dengan prestasi berkuasanya yang dijana oleh Intel Core i7, mengoperasikannya pada bila-bila masa untuk pelbagai aktiviti adalah tidak mengecewakan.

Ketahanan baterinya juga tidak mengecewakan di mana ia mampu beroperasi lebih daripada 6 jam (bergantung kepada aktiviti anda).

Acer Swift 5

Apa yang penulis boleh simpulkan dari aspek prestasi adalah kuasa yang disampaikan oleh Acer Swift 5 ini cukup memuaskan dan baik sekali.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa isu yang sedikit menjengkelkan penulis sepanjang menggunakannya.

Berkaitan

  • Komputer Riba Acer Swift 3 OLED Dan Spin 5 2022 Dikuasakan Oleh Intel Evo
  • Acer Lancar Predator Helios 300 SpatialLabs Edition, Komputer Riba Permainan Dengan Ciri Stereoskopik 3D
  • Misi Lestari Alam Acer Menerusi Komputer Riba Aspire Vero, Dikuasakan Intel Gen-12

Rekaan

Dari aspek rekaan, Acer Swift 5 hadir dengan reka bentuk moden dan kualiti binaan yang baik serta kukuh.

Cuma isunya di sini adalah tahap bukaan paparan yang tidak boleh dibuka sehingga sudut 180 darjah.

Ini sedikit menjengkelkan kerana sebagai sebuah komputer riba dengan skrin sentuh, sepatutnya sudut bukaan paparan boleh dibuka dengan lebih lagi.

Jadi, pengguna akan dapat menggunakannya dengan lebih fleksibel dalam pelbagai keadaan.

(Ulasan) Acer Swift 5 – Komputer Riba Premium Yang Masih Mampu Milik
(Ulasan) Acer Swift 5 – Komputer Riba Premium Yang Masih Mampu Milik

Selain itu, warna emas yang digunakan pada aksara papan kekunci serta warna di keseluruhan bahagian atas meliputi papan kekunci adalah gaungan ton warna yang tidak kena.

Ini kerana, aksara pada pada kekunci kelihatan tidak jelas pada sudut pandangan tertentu yang sedikit mengganggu.

Isu ini kerap kali berlaku terutamanya apabila mengoperasikan komputer riba ini d bawah cahaya cerah.

(Ulasan) Acer Swift 5 – Komputer Riba Premium Yang Masih Mampu Milik
(Ulasan) Acer Swift 5 – Komputer Riba Premium Yang Masih Mampu Milik

 

Malah cahaya yang  dipancar dari skrin juga sudah cukup memberikan titik buta untuk penulis melihat dengan baik aksara yang terdapat pada papan kekunci.

Jadi penyelesaian kepada isu ini adalah pastikan lampu backlit papan kekunci anda sentiasa menyala pada tahap maksimum.

Kesimpulan

Selepas 2 minggu menggunakan komputer riba Acer Swift 5 ini, penulis boleh simpulkan bahawa ia tidak perlu pun dilengkapi dengan skrin sentuh.

Sebab sangat jarang sekali penulis menyentuh skrin komputer riba ini ketika mengoperasikan Acer Swift 5 ini.

Tambahan pula ini bukanlah komputer riba 3 dalam 1 jadi sepatutnya secara peribadi, Acer Swift 5 tidak perlu pun ciri skrin sentuh.

Adalah lebih selesa menggunakan komputer riba ini bersama tetikus atau pad sentuh sahaja.

Sekaligus dapat meringankan lagi komputer riba ini dengan menipiskan lagi rekaan pada bahagian paparannya.

Acer Swift 5 ditawarkan dalam 4 model yang berharga dari RM4,299 (Intel Core i5 Gen 11) hingga model yang berharga RM6,599.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY