Misi Lestari Alam Acer Menerusi Komputer Riba Aspire Vero, Dikuasakan Intel Gen-12

Minggu lalu, Acer telah pun melancarkan model terbaru komputer yang mampu milik untuk tahun 2022 ini iaitu Acer Aspire Vero 14 inci dan 15 inci.

Acer menyatakan, istimewanya Aspire Vero terbaru ini adalah rekaannya yang mesra alam di mana ia menzahirkan komitmen mereka dalam usaha menyokong masa depan lestari mengurangkan jejak ekologi menerusi produk-produk mereka.

"Kami berbesar hati meneruskan misi Earthion bagi mendepani masalah alam sekitar menerusi penyelesaian dan produk lebih mesra alam dengan melengkapkan barisan produk Vero kami,"  Jerry Kao, Ketua Pegawai Operasi bersama, Acer Inc.

Aspire Vero 14 dan 15 baharu menampilkan paparan HD penuh 14 inci dan 15 inci kedua-duanya dikuasakan oleh pemprosesan terbaru, Intel Core Generasi ke-12.

Kapsyen: Warna Cobblestone Grey dijadikan warna signatur bagi komputer riba Aspire Vero. Tapi juga tersedia dalam warna Mariana Blue bagi siri Aspire Vero 14.


Acer Aspire Vero juga mengunakan cip grafik dari Intel Iris Xe dan dilengkapi dengan perkakasan Wi-Fi 6.

Selain itu ia turut dilengkapkan dengan pilihan sambungan untuk pelbagai peranti, termasuk Thunderbolt™ 4/USB Type-C dan dua port USB 3.2 Gen1 Type-A.

Kapsyen: Aspire Vero 15 ditawarkan dalam warna Hitam Starry selain warga Cobblestone Gray. 


Acer memaklumkan, kedua-dua trackpad Aspire Vero 14 inci dan 15 inci ini dihasilkan daripada plastik yang berisiko dibuang ke laut (OBP).

Acer juga menyatakan, kedua-dua kerangka kukuh Aspire Vero hanya menggunakan 30% plastik PCR sahaja selain menjimatkan 21% pengeluaran karbon ketika penghasilannya.

Begitu juga terhadap bingkai skrin komputer riba tersebut di mana ia juga menggunakan hanya 30% PCR. Sementara papan kekuncinya pula menggunakan 50% plastik PCR sahaja.

Acer menegaskan bahawa tiada cat digunakan untuk kerangka komputer riba mereka ini.

Harga jualan rasmi bagi komputer riba Acer Aspire Vero akan bermula dari USD749.99 (RM3290.00).

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ketersediaan, spesifikasi produk dan harga dalam pasaran tertentu, sila layari laman rasmi Acer Malaysia.

Sumber: Media rasmi Acer

Baca juga:

Berkaitan