Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Security concept: Lock on digital screen

Ukraine Diserang 2 Perisian Hasad Baharu Yang Sangat Merbahaya

Diterbitkan Mac 2, 2022 oleh ariff bukhari

Penyelidik keselamatan dari ESET mendedahkan penemuan beberapa perisian hasad baharu yang menjadikan Kerajaan Ukraine dan Organisasinya sebagai sasaran uatama mereka.

Perisian hasad yang dikenali sebagai IsaacWiper dan HermeticWiper itu dikesan menyerang Ukraine dalam 2 fasa berbeza sebelum Russia melancarkan serangan ke atas negara tersebut.

Fasa pertama serangan dilancarkan dengan menggunakan HermeticWiper menerusi rangkaian tempatan. Pusat Risikan Ancaman Microsoft (MSTIC) juga turut mengesan perisian hasad yang sama menyerang Ukriane tetapi menjejakinya sebagai FoxBlade.

Kemudiannya perisian hasad IsaacWiper pula menyerang dalam serangan fasa kedua. Fasa serangan itu dibuat sebelum dan selepas perang antara Russia dan Ukraine berlaku.

Agensi Sekuriti Siber dan Infastruktur Keselamatan Amerika Syarikat (CISA) dan Biro Penyiasat Persekutuan (FBI) telah mengeluarkan amaran berkemungkinan perisian hasad yang sama akan dilepaskan bagi menyerang negara-negara lain pula.

Menurut CISA, perisian hasad baru ini dibangunkan dengan tujuan khusus iaitu untuk memusnahkan segala data dan aset-aset penting yang disimpan di dalam sesebuah komputer.

Sekaligus memusnahkan terus komputer yang diserangnya itu.

Ekoran itu, CISA mengesyorkan organisasi-organisasi seluruh dunia supaya segera menetapkan mod pengimbas program antivirus komputer sentiasa diaktifkan, menapis trafik rangkaian, mengemas kini perisian, menapis spam e-mel serta mengaktifkan ciri pengesahan 2 faktor (2FA).

Sumber: WeLiveSecurity, CISA,

Baca juga:

  • Presiden Russia Didapati Masih Menggunakan Sistem Operasi Windows XP
  • Ukraine Dakwa Russia Lakukan Serangan Siber Ke Atas Mereka
  • Meta (Facebook), YouTube Dan Tiktok Sekat Akses Kepada Kandungan Dari Rusia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY