Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
4 Day Week 2

UK Mula Laksana Eksperimen Tempoh Bekerja 4 Hari Seminggu, Gaji Kekal Sama

Diterbitkan Jun 8, 2022 oleh Firdaus

Pada awal April lepas, UK telah mengumumkan mereka bakal melaksanakan percubaan tempoh kerja 4 hari seminggu pada bulan Jun nanti. Bermula 6 Jun, UK telah memulakan percubaan terbesar dunia dengan melaksanakan tempoh 4 hari bekerja seminggu.

Percubaan ini melibatkan seramai 3,300 pekerja yang terdiri daripada 70 syarikat berdaftar di UK yang berada dalam sektor tempatan hinggalah firma kewangan yang besar.

Di samping itu, percubaan ini dianjur oleh 4 Day Week Global dengan kerjasama Autonomy, “Kempen 4 Day Week” dan kumpulan penyelidik daripada Cambridge University, Oxford University dan Boston Collage.

4 Day Week 3

Percubaan tempoh 4 hari bekerja seminggu ini akan berlangsung selama 6 bulan dan mula bekerja dari hari Isnin hingga hari Khamis. Tambahan lagi, para pekerja yang terlibat tidak akan dikurangkan gaji mereka walaupun hanya bekerja selama 4 hari sahaja.

Selain itu, percubaan ini diselidik dan dikaji berasaskan model 100:80:100. Model ini bermaksud pembayaran 100% gaji untuk 80% tempoh bekerja untuk mendapatkan komitmen terhadap 100% produktiviti.

Hal ini demikian, pasca pandemik melihatkan banyak syarikat mula sedar bahawa kualiti hidup, waktu kerja yang kurang dan waktu rehat yang mencukupi bagi pekerja mampu memberikan produktiviti yang efisien untuk syarikat.

Sumber: The Guardian

Baca juga:

  • Laman Jualan Apple Ditutup Sempena WWDC, Mungkin Ada Produk Baharu Dilancar
  • 9 Peranti Terima Celcom VoWiFi, Panggilan Suara Berkualiti Melalui WiFi
  • Jepun Mencatatkan Rekod Penghantaran Data Melebihi 1 Petabit Per Saat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
©2026 WISER.MY