Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
UK Akan Lancar Skuadron Angkasa, Ketenteraan Baharu Bagi Melindungi Satelit

UK Akan Lancar Skuadron Angkasa, Ketenteraan Baharu Bagi Melindungi Satelit

Diterbitkan September 23, 2026 · Dikemas kini September 23, 2026 oleh ariff bukhari

Britain pada Rabu mengumumkan bahawa ia akan melancarkan sebuah skuadron angkasa ketenteraan baharu yang dipertanggungjawabkan untuk mempertahankan satelit-satelit negara itu, dalam langkah terbaharu tatkala pelbagai negara berkejaran untuk memperoleh keupayaan angkasa ketenteraan.

Skuadron Tentera Udara Diraja (RAF) baharu itu akan melindungi satelit-satelit kritikal yang digunakan dalam komunikasi dan untuk memberi amaran terhadap serangan peluru berpandu yang bakal melanda, kata Kementerian Pertahanan (MoD).

Ia mengambarkan unit berkenaan yang bakal dikenali sebagai Skuadron Kesan Angkasa No III sebagai unit pertama negara yang dikhususkan untuk “mengganggu, menjejaskan, dan menafikan aktiviti musuh yang menyasarkan kepentingan British di angkasa lepas”.

MoD mengambil maklum bahawa UK telah melancarkan dua skuadron pada tahun 2023 yang “memerhati dan memberi amaran” berhubung ancaman angkasa, manakala unit baharu ini akan “bertindak terhadap ancaman-ancaman tersebut menggunakan teknologi termaju, termasuk peperangan elektronik”.

Ketua Marsyal Udara Harv Smyth bakal merasmikan skuadron berkenaan pada Rabu di Persidangan Kuasa Angkasa UK selama dua hari yang bermula di London, di mana Setiausaha Pertahanan Wes Streeting turut akan memberi amaran bahawa Britain mesti “seiring dalam perlumbaan angkasa baharu ini”.

Pengumuman ini dibuat selang seminggu selepas Amerika Syarikat mengesahkan buat julung kalinya bahawa ia mempunyai senjata yang ditempatkan di orbit di atas Bumi.

Perkara itu mendorong China untuk memberi amaran supaya tidak mengubah angkasa lepas menjadi “medan perang”, manakala Rusia memberi peringatan bahawa ia mestilah “bebas daripada sebarang senjata”, di tengah-tengah kebimbangan berlakunya perlumbaan senjata di angkasa lepas.

Perkembangan ini didorong oleh kemajuan teknologi yang pesat namun kekurangan kerangka undang-undang yang komprehensif.

Tahun lepas, ketua Perintah Angkasa UK Mejar Jeneral Paul Tedman memberi amaran bahawa beliau “benar-benar bimbang” dengan percubaan Rusia yang kerap untuk mengganggu satelit ketenteraan British.

Beliau mengulas pada ketika itu bahawa UK mengendalikan enam satelit ketenteraan khusus untuk komunikasi dan pengawasan, yang dilengkapi dengan teknologi anti-gangguan. – AFP

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Qualcomm Memperkenalkan 2 Cip Mudah Alih Terpantas Di Dunia
  • MyZakat 4.0 Dilancar, Gabung Urusan Zakat, Wakaf, Dan Ibadah Harian Dalam Satu Aplikasi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • YouTube Music Tambah Label Baharu Untuk Lagu Dijana AI
  • IBM Beri Amaran Bahaya Pengkomputeran Kuantum Pada Keselamatan Siber
  • Saham Merosot, Netflix Bakal Membuang Seribu Pekerja
  • WhatsApp Kini Benarkan Sesiapa Sertai Panggilan Tanpa Akaun, Percuma Tanpa Had Masa
  • Tak Lama Selepas Sony Berjaya Tutup Kedai Cetak Rompak PS5, Klon Lain Pula Muncul 
  • Indonesia Cadang Beri Telefon Percuma - Setiap Peranti Dilengkapi Akaun Digital
  • UniSHAMS Dan TP-Link Malaysia Jalin Kerjasama Lahirkan Bakat Teknologi Masa Depan Negara
  • 3 Headphone Jenis Retro Terbaik
©2026 WISER.MY