UGREEN memperkenalkan Siri UGREEN Uno, rangkaian aksesori pengecasan serba boleh yang direka khas untuk pengguna teknologi moden. Dengan pelbagai produk seperti bank kuasa, pengecas berwayar dan tanpa wayar, serta hub USB-C 6-dalam-1.
Siri UGREEN Uno menampilkan reka bentuk unik dengan elemen robotik ceria, lengkap dengan emoji pintar yang menunjukkan status pengecasan. Ketua Pemasaran Global UGREEN, Hailey Peng, menyatakan,
Siri Uno bukan sekadar fungsi ia gabungan teknologi dan gaya, memberikan pengguna pengalaman pengecasan yang kreatif dan menyeronokkan.
Produk utama seperti UGREEN Uno Charger 100W mampu mengecas empat peranti serentak dengan kuasa maksimum 100W, malah boleh mengecas MacBook Pro 16 dari 0% hingga 43% dalam hanya 30 minit. Dengan teknologi GaNInfinity UGREEN, pengecas ini kompak dan efisien yang boleh menjimatkan masa.
Siri Uno 2-in-1 Magnetic Wireless Charger menawarkan output 15W, diperakui Qi2, yang mampu mengecas iPhone 15 Pro hingga 41% dalam 30 minit sahaja. Rekaan boleh lipatnya yang kukuh memudahkan pengguna menikmati kandungan sambil mengecas.
Siri Uno dilengkapi teknologi ThermalGuard yang mengawal suhu dan menghentikan pengecasan jika peranti terlalu panas. Dengan lapan lapisan perlindungan, pengguna boleh mengecas dengan tenang dan yakin.
Untuk maklumat lanjut dan pembelian siri Uno ini, layari kedai rasmi UGREEN di Shopee, Lazada, atau Tiktok Shop.
Beli di:
Shoppe – https://invl.io/cllug2r
Lazada – https://invol.co/cllug2w
{suggest}
Sumber: Siaran media UGREEN