Syarikat perkhidmatan mengambil dan menurunkan penumpang Uber di beritakan menggantung perkhidmatan mereka di Abu Dhabi, ibu negara Emiriah Arab Bersatu. Careem, syarikat pesaing yang menawarkan servis serupa turut menghentikan seketika operasi selepas beberapa kereta syarikat itu ditahan pihak berkuasa.
Uber, bagaimanapun tidak menjelaskan sebab penggantungan itu dan hanya mengatakan langkah itu hanyalah untuk sementara sahaja. Surat khabar negara itu, The National melaporkan sebanyak 50 orang pemandu telah ditahan sejak minggu lepas.
Kedua-dua syarikat, Careem dan Uber memberitahu perkhidmatan di Dubai masih berjalan seperti biasa. Uber telah membuat pelaburan besar di Timur Tengah di bantu oleh Dana Pelaburan Awam Arab Saudi sebanyak $3.5 bilion.
Berkaitan
- 10 Akaun Instagram Dengan Pengikut Paling Ramai Setakat Januari 2019
- Microsoft Edge Untuk Android Mencatat 1 Juta Muat Turun
- Hari Sukan Negara Akan Diadakan Esok, Tampilkan E-Sport Buat Pertama Kali
- NVIDIA Minta Penjual Henti Jual Kad Grafik Kepada Pelombong, Utamakan Gamer
- Gandingan Intel Dan AMD Hasilkan CPU Generasi Ke-8 Berserta GPU AMD RX Vega M
- Facebook Dikhabarkan Guna Nombor Telefon Untuk Sasarkan Iklan Kepada Pengguna
- Teknologi Pengecaman Wajah Untuk Lembu Telah Diperkenalkan
- DJI Spark Mungkin Hadir Di Malaysia Bulan Hadapan - Dron Yang Dikawal Menggunakan Isyarat Tangan
- Facebook Akan Kenal Pasti Dan Beritahu Sekiranya Foto Anda Di Muat Naik
- U Mobile Tawar Telefon Sokongan 4G VoLTE Dengan Harga RM0.99