Uber kini mengumumkan sistem pengesahan biometric untuk pemandu Uber. Apabila pemandu baru ingin mendaftar dengan Uber, aplikasi tersebut akan meminta untuk mengambil gambar muka anda dan anda perlu membuat pengesahan 'facial recognition' secara rawak.
Langkah ini adalah bertujuan untuk mencegah daripada kegiatan menukar pemandu dengan menggunakan satu akaun. Jika pemandu gagal untuk mengesahkan identiti mereka, Uber akan menyekat akaun mereka untuk siasatan lanjut.
Kegiatan menukar pemandu ini berlaku banyak di China, dimana sekumpulan pemandu bertukar-tukar syif sambil menggunakan akaun yang sama dan membahagikan pendapatan sesama mereka. Hal ini akan mengundang masalah dari segi keselamatan kerana seseorang pemandu Uber akan dinilai tentang cara pemanduan dan prestasi mereka. Apabila pemandu berubah-ubah, Uber tidak dapat mengenal pasti identiti (pemandu palsu) dan tahap pemanduan mereka.
Berkaitan
- Ciri Samsung Galaxy S10 Tertiris Menjanjikan Pengesan Cap Jari Bawah Skrin
- Oppo R17 Pro, Peranti Yang Memukau!
- Video Konsep OnePlus 7 Tampilkan Kamera Tri-Lensa, Skrin Tebuk
- Antara Yang Menarik Tentang Pelancaran Android Wear 2.0
- Pernahkah Anda Dengar Tentang Telefon Pintar ChampOne C1?
- Honor 10 Bakal Terima Sokongan GPU Turbo Dan AIS Ogos Ini
- Huawei Mate 20 Pro Habis Ditempah Dalam Masa Cuma Beberapa Jam
- Tablet Huawei MediaPad T5 Mula Dijual Di Malaysia Pada Hujung Bulan Ini
- Amerika Minta Jerman Sekat Huawei Atau Perkongsian Maklumat Di Antara Mereka Akan Dikurangkan
- Apple Jadualkan Satu Acara Khas Pada 12 September, Mungkin Bagi Pelancaran Model iPhone Terbaru