Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pernahkah Anda Dengar Tentang Telefon Pintar ChampOne C1?

Pernahkah Anda Dengar Tentang Telefon Pintar ChampOne C1?

Diterbitkan Ogos 29, 2016 ยท Dikemas kini Oktober 23, 2016 oleh Haikel Areff
Pernahkah Anda Dengar Tentang Telefon Pintar ChampOne C1?

Pernahkah anda dengar tentang ChampOne? Sebuah syarikat dari India yang telah mengeluarkan telefon pintar jenama meraka sendiri iaitu ChampOne C1 yang akan dilancarkan 2 September ini.

ChampOne menggunakan Android 5.1 Lollipop dan menyokong dwi sim. Ianya mempuyai paparan IPS skrin HD berukuran 5 inci (720×1280 pixel) dan dikuasai oleh 1.3GHz MediaTek MT6735 dengan prosessor quad-core dan mempunyai RAM 2GB. Ianya juga mempunyai 16GB memori dalaman.Kameranya pula mempunyai 8 megapixel di belakang dan 5 megapixel di hadapan. Kapasiti baterinya ialah sebanyak 2500mAh dan mempunyai sokongan 4G LTE.

Dengan harga Rs251 iaitu sebanyak RM 17, telefon pintar ini telah menaikkan beberapa syak wasangka kerana harganya yang sangat murah. Beberapa laporan mengatakan ianya adalah iklan palsu kerana syarikat tersebut dikatakan memalsukan beberapa dokumen dan tidak membayar yuran pendaftaran.

Sebelum ini, terdapat juga beberapa syarikat telefon pintar yang juga telah dikenalpasti menipu pelanggan dengan iklan palsu seperti mPhone, dimana CEOnya telah ditangkap atas sebab yang sama. Sama juga seperti pelancaran telefon pintar Docoss X1 baru baru ini yang dikatakan telah menipu pelanggan kerana belum lagi menghantar peranti mereka walaupun pelanggan sudah membayarnya. Sama sama kita nantikan. Buat masa ini, dinasihatkan jangan membuat sebarang tempahan kerana ditakuti ianya adalah palsu.

ADVERTISEMENT
x

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion
  • EV Kini Bantu Jimatkan 1.2 Juta Tong Minyak Global Sehari - Laporan
  • Apple Pay Kini Sokong Kad Public Bank
  • Cat 'Serap' Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
  • HONOR Magic9 Pro Max Kini Boleh Ditempah Di Malaysia, Hadiah Bernilai RM5,006 Untuk Pembeli Awal
  • ChatGPT Kini Gantung Akses 24 Jam Jika Cuba Cari CSAM
  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
  • GrabPay Bakal Tambah Sokongan DuitNow Transfer
©2026 WISER.MY