Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
maxis 5g

Maxis Perluas Perkhidmatan ‘Roaming’ 5G Ke 29 Negara

Diterbitkan Disember 22, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Maxis mengumumkan bahawa mereka kini turut menyediakan perkhidmatan perayauan (roaming) antarabangsa 5G ke 29 negara.

Pada Oktober tahun lalu, Maxis menjadi syarikat telekomunikasi pertama Malaysia yang menyediakan perkhidmatan perayauan antarabangsa 5G kepada pelanggan di Singapura, Thailand dan Indonesia.

Perkhidmatan perayauan 5G akan diaktifkan secara automatik di mana-mana peranti yang menyokong rangkaian 5G. Pelanggan akan dikenakan bayaran mengikut pakej perayauan 4G sedia ada.

Berkaitan

  • Maxis Jaguh Untuk 'Gaming', Kongsi Kedudukan Pertama Dengan Digi Untuk Video - Opensignal
  • Pengguna Maxis Tidak Akan Terima 5G Tahun Ini
  • Maxis Didapati Sudah Mula Uji 5G
  • Rangkaian 5G Hanya Ada Di Putrajaya Dan Cyberjaya? DNB Respons Pernyataan Maxis

Untuk melanggan, pengguna Maxis hanya perlu mengakses aplikasi Maxis dan klik pada Maxis Roaming dalam tab perkhidmatan untuk melanggan pelan pilihan mereka

Selain itu, pengguna juga boleh melanggan secara manual dengan mendail *100#, pergi ke ‘Roaming’, pilih ‘Country’, dan pilih salah satu pas yang tersedia.

Sila ke laman web Maxis untuk dapatkan maklumat lebih terperinci berkenaannya.

Berkenaan perkhidmatan 5G di Malaysia pula, Maxis satu-satunya MNO yang belum menyediakannya dan dijangka seawal Februari depan.

Namun, ramai pelanggan Maxis di sesetengah tempat ada yang menerima 5G kerana syarikat itu sedang mengujinya.

Sumber: Siaran Akhbar Maxis

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY