Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Qualcomm U Mobile

U Mobile & Qualcomm Bekerjasama, Sediakan Perkhidmatan Teleperubatan Untuk B40

Diterbitkan Mac 4, 2022 oleh Amsyar Latif

U Mobile kini telah bekerjasama dengan Qualcomm yang mana mereka menyasar untuk membawa teknologi wayarles kepada komuniti yang memerlukannya.

Melalui kerjasama itu juga, U Mobile akan menggunakan dana yang diperoleh daripada Qualcomm untuk menawarkan perkhidmatan penjagaan kesihatan jarak jauh kepada kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah atau komuniti B40.

Oleh itu, mereka turut bekerjasama dengan DoctorOnCall, sebuah platform penjagaan kesihatan digital pertama dan terbesar di Malaysia.

Tujuannya adalah untuk melaksanakan perkhidmatan teleperubatan yang menyasarkan pesakit diabetes dan hipertensi melalui program penjagaan kesihatan yang dikenali sebagai SIHAT (Sistem Integrasi Kehidupan Antara Teknologi) selama 2 tahun.

Ini bukanlah kali pertama U Mobile bekerjasam dengan DoctorOnCall kerana pada tahun 2020, mereka pernah besama menguruskan kes kegunaan 5G untuk konsultasi pengamal perubatan am swasta (GP).

Dengan rangkaian 5G yang akan diperluaskan di Malaysia, U Mobile akan terus melakukan lebih banyak inisiatif agar dapat memanfaatkan 5G kepada semua.

Sumber: Siaran Akhbar U Mobile

Baca juga:

  • U Mobile Hadir Dengan Pelan 5G Prabayar Baharu Serendah RM20 Sebulan

  • Celcom Tawar Pelan Pascabayar Xpax Baharu, Data Tanpa Had Bersyarat

  • Digi Perbaharui Pelan Prabayar Next, RM35 Dengan Panggilan Tanpa Had

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY