Digi Perbaharui Pelan Prabayar Next, RM35 Dengan Panggilan Tanpa Had

Memasuki bulan ketiga dalam tahun 2022, syarikat telekomunikasi sudah mula memperbaharui pelan mereka dan tidak ketinggalan memperkenalkan yang baharu. Selepas menaikkan kuota untuk pelanggan pascabayar, hari ini Digi mengumumkan pula pembaharuan pada pelan prabayar Next mereka.

Pakej termurahnya, Next 15 ialah serendah RM15 dengan kuota 6GB dan kuota 1GB bagi penggunaan hostpot. Next 30 yang berharga RM30 pula hadir dengan kuota sebanyak 20GB, 2GB hotspot.

Kedua-dua pakej ini tidak mempunyai panggilan tanpa had.

Dengan beza hanya RM5, pakej Next 35 pula menawarkan 30GB kuota dengan 3GB untuk hotspot dan panggilan domestik tanpa had.



Kesemua pelan ini sah untuk 30 hari dan mempunyai kuota sosial tanpa had untuk penggunaan TikTok, Instagram, Twitter dan Facebook.

Dengan booster, anda boleh mendapat kuota hotspot sebanyak 20GB dengan RM13 dan video tanpa had dengan RM20.



Sebenarnya, sebuah lagi pakej iaitu Next 45 turut tersedia untuk kuota 40GB. Namun, di laman web Digi, pakej Next 45 ini hanya tersedia jika anda klik di "See all plans" dan tidak disenaraikan di laman khas prabayar Next.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Digi.

Sumber: Siaran Akhbar Digi

Baca juga: