Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
twitter elon musk

Twitter Rancang Undian ‘Shareholder’ Ogos Ini Untuk Jual Syarikat Kepada Elon Musk

Diterbitkan Jun 9, 2022 oleh Nadiah Ab

Berikutan urusan dengan Elon Musk, Twitter Inc. merancang untuk mengadakan undian pemegang saham pada awal bulan Ogos bagi penjualan US$44 bilion (~RM193 bilion) kepada Musk.

Beberapa hari lepas, peguam Musk memberi amaran kepada Twitter bahawa dia mungkin menarik balik pemerolehan itu jika Twitter gagal memberikan data tentang akaun palsu dan spam.

Twitter berkata mereka terus berkongsi maklumat dengan Musk, sebahagiannya ialah “firehose”, terdiri daripada semua ciapan pada platform yang dianalisis menggunakan parameter yang berbeza, seperti peranti pengguna atau profil akaun pengguna.

Tidak dinyatakan sebanyak mana maklumat sulit tentang pangkalan pengguna Twitter yang akan dikongsi dengan Musk namun Twitter berkata “Firehose” ini tidak mengandungi maklumat sulit, butiran peribadi pengguna yang tidak umum, dan lain-lain yang berkaitan.

Sumber: Daily Mail

Baca juga:

  • Twitter Dilapor Sedang Uji Ciri Baharu Untuk Bantu ‘Shopping’
  • Pemegang Saham Twitter Failkan Saman Terhadap Elon Musk Sebab ‘Tweet’ Ini
  • Twitter Didenda RM660 Juta, Salah Guna Data Pengguna Untuk Iklan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY