Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
elon twitter

Elon Musk: Twitter Perlu Ikut Cara ‘WeChat’ Untuk Berjaya

Diterbitkan Jun 17, 2022 · Dikemas kini Jun 17, 2022 oleh Nadiah Ab

Elon Musk dilaporkan memberitahu kakitangan Twitter bahawa jika syarikat itu ingin menjadi lebih berjaya, ia harus menjadi seperti aplikasi WeChat dan TikTok dari China.

Terdahulu, tawaran Musk untuk membeli syarikat itu diterima oleh ahli lembaga syarikat pada April, namun sejak itu telah menimbulkan keraguan sama ada ia akan berjaya setelah adanya dakwaan akaun bot dan palsu jauh lebih tinggi daripada jangkaan.

Elon Musk berkata, WeChat menjadi “asas” hidup di China, jadi jika ia boleh diintegrasikan sekali dengan Twitter, Twitter akan mencapai kejayaan yang jauh lebih hebat.

Apabila ditanya bagaimana Twitter boleh mengembangkan pangkalan penggunanya dan meningkatkan penglibatan, Musk menjelaskan bahawa aplikasi itu perlu menawarkan lebih banyak utiliti dan memastikan orang ramai terhibur dan pantas menerima berita terkini.

Tambahnya lagi, kejayaan ini akan melepasi paras satu bilion pengguna harian selain menyatakan kebimbangannya terhadap kos Twitter yang kini lebih tinggi daripada hasil.

Sumber: The Verge

Baca juga:

  • Elon Musk Rancang Bina Lebih 1,000 ‘Bahtera Nuh Moden’ Untuk Bawa Manusia Ke Marikh
  • SpaceX Dah Dapat Kebenaran Untuk Hantar Manusia Ke Marikh
  • Twitter Rancang Undian ‘Shareholder’ Ogos Ini Untuk Jual Syarikat Kepada Elon Musk

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY