Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Twitter Sedang Membaik Pulih Proses Muat Naik Video Untuk Pengguna Android 9+

Twitter Sedang Membaik Pulih Proses Muat Naik Video Untuk Pengguna Android 9+

Diterbitkan Mac 18, 2022 oleh Anis Maisarah

Pada 16 Mac 2022, Twitter telah mengumumkan bahawa mereka sedang mengemaskini cara memproses video yang dimuat naik daripada telefon Android 9+ dan peranti yang lebih tinggi lain. Hal ini dinyatakan menerusi akaun rasmi Twitter iaitu Twitter Engineering yang prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh pengguna.

Twitter turut menyatakan bahawa masalah yang terjadi ketika memuat naik video ini berpunca daripada masalah internet pengguna.

Oleh sebab itu, Twitter telah menguji fungsi proses muat naik video untuk melancarkan lagi proses muat naik video beresolusi 720p dan video dengan kadar bit sebanyak 3.5 Mbps ke bawah.

The @Twitter Android team has been busy improving the way we process video uploads for Android 9+🎉

We now support intelligent processing and stream remuxing to increase the speed to process locally. https://t.co/rPV1bLh7tG

— Engineering (@XEng) March 15, 2022

Hal ini dikatakan demikian kerana, peranti yang berada di pasaran sekarang ini, kebanyakannya boleh merakam video 1080p, 4K dan 8K. Jadi, penambahbaikan ini sangat wajar dilakukan oleh Twitter demi memudahkan dan memuaskan hati pengguna.

Walau bagaimanapun, Twitter masih lagi tidak memberikan tarikh rasmi tentang pembetulan isu muat naik video ini. Pengguna diminta untuk sentiasa mengemaskini Twitter untuk sentiasa menerima versi lebih baik.

Sumber : Twitter

Baca juga :

  • Twitter Akan Ada ‘Close Friends’ Persis Instagram Yang Dinamakan ‘Flock’
  • Kicauan Mengenai Game Meningkat 14% Di Twitter Untuk Tahun 2021
  • Pengguna Twitter Terima E-Mel, SKMM Minta Pihak Twitter Buang Twit Mereka

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY