Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kicauan Mengenai Game Meningkat 14% Di Twitter Untuk Tahun 2021

Kicauan Mengenai Game Meningkat 14% Di Twitter Untuk Tahun 2021

Diterbitkan Januari 12, 2022 oleh Faiz Munir

Twitter mencatatkan peningkatan sebanyak 14% untuk perbualan berkenaan permainan video di laman sosial media tersebut untuk tahun 2021. Hal ini kerana Twitter menjadi tempat tumpuan untuk penerbit, media, penstriman dan penghibur permainan.

Tahun lepas sahaja, terdapat sebanyak 2.4 bilion ciapan berkenaan topik permainan video ini. Nilai ini adalah 10 kali ganda daripada nilai ciapan pada tahun 2017.

Negara yang paling banyak membuat ciapan berkenaan permainan video ini adalah Jepun diikuti dengan Amerika Syarikat dan Korea Selatan. Thailand, Filipina dan Indonesia antara wakil asia tenggara yang berada 10 tangga teratas ini.

2021TwitterGamingYearInReview (BM).001

Seterusnya pula ialah ciapan paling banyak untuk permainan video. Untuk kategori ini, Genshin Impact telah memegang tangga teratas, Apex Legends pada tangga kedua dan Ensemble Star pada tangga ketiga.

2021TwitterGamingYearInReview (BM).002

Ada beberapa lagi kategori ciapan terbanyak seperti kumpulan e-sukan, acara permainan video, personaliti pemain terkenal, atlet e-sukan dan liga e-sukan.

2021TwitterGamingYearInReview (BM).003

2021TwitterGamingYearInReview (BM).004
2021TwitterGamingYearInReview (BM).005
2021TwitterGamingYearInReview (BM).006
2021TwitterGamingYearInReview (BM).007

Di Malaysia pula, untuk kategori permainan video yang paling banyak diciap juga adalah permainan video yang sama memegang tangga teratas untuk peringkat global iaitu Genshin Impact. Kena: Bridge of Spirits dan Roblox pula masing-masing berada pada tangga kedua dan ketiga. Sementara itu, pasukan e-sukan yang polular pula adalah Team Secret, OG, Sentinels, T1 dan Team Spirit.

2021TwitterGamingYearInReview (BM).008
2021TwitterGamingYearInReview (BM).009

Daripada data ini, dilihat Twitter menjadi satu platform dimana pengguna dapat menjalinkan hubungan dan mencari komuniti baharu untuk setiap permainan yang mereka minati.

Sumber: Siaran Akhbar Twitter

Baca juga:

  • Steam Cipta Rekod Baharu Lagi, Pengguna Makin Ramai
  • Kerana Exynos 2200 Ditunda, S22 Didakwa Mungkin Gunakan Snapdragon Untuk Pasaran Global
  • Bayar Cukai Sehingga $11 Bilion, Ini 5 Orang Terkaya Di Dunia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY