Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
twitter didenda

Twitter Akan Kenakan Tindakan Ke Atas ‘Tweet’ Maklumat Palsu

Posted on Mei 20, 2022Mei 20, 2022

Ekoran banyak maklumat salah disebar di media sosial, Twitter menetapkan polisi baharu untuk menangani isu tersebut semasa tempoh krisis.

Polisi ini mewujudkan satu piawaian baharu untuk mengawal atau menyekat promosi ‘tweet’ tertentu jika ia dilihat menyebarkan maklumat salah.

Ketua keselamatan dan integriti Twitter, Yoel Roth, berkata mereka telah memperluaskan rangkaian tindakan yang mungkin diambil untuk memastikan ia berkadar dengan keparahan potensi bahaya.

Polisi baharu ini meletakkan penelitian khusus pada laporan palsu tentang peristiwa, dakwaan palsu yang melibatkan senjata atau penggunaan kekerasan, atau maklumat salah yang lebih luas mengenai kekejaman atau tindak balas antarabangsa.

Di bawah dasar baharu itu, ciapan yang diklasifikasikan sebagai maklumat salah tidak semestinya akan dipadamkan atau diharamkan; sebaliknya, Twitter akan menambah label amaran yang memerlukan pengguna mengklik butang sebelum ‘tweet’ boleh dipaparkan.

Twitter pada awalnya merancang untuk menggunakan dasar itu kepada kandungan berkaitan konflik antara Rusia dan Ukraine.

Namun, syarikat itu menjangkakan untuk menggunakan polisi tersebut untuk semua krisis yang berpotensi muncul pada masa hadapan.

Sumber: TechCrunch

Baca juga:

  • Elon Musk Belum Masuk Pejabat Tapi CEO Twitter Sudah Pecat Dua Pegawai Tertinggi Secara Mengejut
  • Elon Musk Janji Akan “Menghalalkan” Semula Donald Trump Di Twitter
  • Pengguna Tempatan Mula Terima Ciri Twitter Circle, Seumpama Close Friends Instagram

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress