Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
elon twitter

Elon Musk Janji Akan “Menghalalkan” Semula Donald Trump Di Twitter

Diterbitkan Mei 11, 2022 ยท Dikemas kini Mei 11, 2022 oleh Nadiah Ab

Berikutan hal pemilikan Twitter, semalam Elon Musk berjanji akan “menghalalkan” semula Donald Trump di Twitter jika diberi pemilikan 100%.

Dalam persidangan FT Live’s Future of the Car, Elon Musk berkata sekatan kekal sepatutnya dikhaskan untuk akaun bot, atau penipuan, akaun spam dan tidak patut dikenakan ke atas Donald Trump.

Katanya lagi, ia bukanlah perkara yang pasti akan berlaku kerana masih belum pasti jika dia akan benar-benar memiliki Twitter.

Terdahulu, Twitter menggantung Trump secara kekal daripada platform tersebut pada Januari 2021 berikutan serangan penyokongnya ke atas Capitol Amerika Syarikat.

Twitter berkata keputusan itu dibuat selepas rusuhan 6 Januari kerana risiko hasutan keganasan.

Sebaik sahaja Musk mengumumkan bahawa dia berminat untuk mengambil alih syarikat itu sebahagiannya untuk menjadikannya platform “free speech“, timbul persoalan sama ada dia akan menjemput Trump kembali ke Twitter.

Namun, Trump pula berkata dia tidak akan kembali ke platform tersebut walaupun diberi peluang.

Trump turut melancarkan platform Truth Social yang juga ingin menegakkan hak kebebasan bersuara namun usahanya gagal kerana tidak mendapat sambutan.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla dan SpaceX itu mengakui kenyataan Trump untuk tidak akan kembali ke Twitter.

Namun, terdapat juga beberapa pihak yang mengharapkan Trump kembali ke Twitter.

Sumber: The Guardian

Baca juga:

  • Elon Musk Cadang Kenakan Caj Pada Organisasi Yang Guna Twitter
  • Elon Musk Samakan Cip Implan Otaknya Dengan ‘Smartwatch’
  • Pengguna Tempatan Mula Terima Ciri Twitter Circle, Seumpama Close Friends Instagram

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY