Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TikTok Uji Pelan Langganan Berbayar Tanpa Iklan

Trump Sedia Pertimbang Pelepasan Tarif Jika China Luluskan Perjanjian TikTok

Diterbitkan April 4, 2025 ยท Dikemas kini April 4, 2025 oleh Amalina Athman

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan pihaknya sedia mempertimbangkan satu perjanjian berkaitan TikTok sekiranya China bersetuju meluluskan penjualan aplikasi video pendek itu, sebagai pertukaran kepada pelepasan tarif terhadap barangan import dari China.

Bercakap kepada pemberita, Trump menjadikan TikTok sebagai contoh bagaimana tarif boleh digunakan sebagai alat rundingan dengan negara lain.

Anda berdepan situasi dengan TikTok di mana China mungkin akan berkata “Kami akan meluluskan perjanjian ini, tetapi adakah anda akan berbuat sesuatu mengenai tarif?”. Kita boleh menggunakan tarif untuk mendapatkan sesuatu sebagai balasan.

Sebagai makluman, China bakal berdepan dengan tarif sebanyak 54% ke atas barangan yang diimport ke AS, menjadikan rundingan ini lebih penting.

Selain itu, TikTok perlu mencapai perjanjian dengan pembeli bukan dari China selewat-lewatnya pada 5 April 2025. Jika gagal, aplikasi tersebut berisiko diharamkan di AS.

Trump juga berkata pentadbirannya kini “sangat hampir” untuk mencapai perjanjian dengan TikTok, yang melibatkan beberapa pelabur.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Trump Beri Tempoh Lanjutan 75 Hari Kepada TikTok
  • Harga Bakal Naik, 'Desktop' Dan GPU Terkesan Dengan Cukai Aluminium Trump
  • 'Tarif Balas' Trump Berpotensi Jejas Strategi Apple Pelbagaikan Rantaian Bekalan

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY