Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Trafik Twitter Merudum, Threads Catat Peningkatan Harian Pengguna Aktif

Trafik Twitter Merudum, Threads Catat Peningkatan Harian Pengguna Aktif

Diterbitkan Julai 11, 2023 · Dikemas kini Julai 12, 2023 oleh ariff bukhari

Menurut laporan laman analisis Similarweb, pada 6 Julai lalu aplikasi Threads dianggarkan sudah mempunyai 41.79 juta pengguna aktif setiap hari pada peranti Android sahaja.

Kemudian ia meningkat kepada 49.3 juta pada hari berikutnya.

Trafik Twitter Merudum, Threads Catat Peningkatan Harian Pengguna Aktif

Tetapi berbeza dengan nasib pesaingnya iaitu Twitter di mana dalam tempoh 2 hari penuh pertama selepas Threads tersedia, trafik ke laman twitter.com telah menurun sebanyak 5% berbanding dengan hari yang sama pada minggu sebelumnya.

Twitter traffic tanking. https://t.co/KSIXqNsu40 pic.twitter.com/mLlbuXVR6r

— Matthew Prince đŸŒ„ (@eastdakota) July 9, 2023

Sebagai perbandingan tahun ke tahun, ia turun sebanyak 11% berbanding 6 dan 7 Julai 2022. Trafik Twitter telah mengalami penurunan keseluruhan walaupun tanpa Threads dan turun sebanyak 4% dari tahun ke tahun pada bulan Jun.

Malah Similarweb turut mendapati pengguna setia aplikasi Twitter  juga telah menurun.

Pada peranti Android sahaja, peratusan pengguna baharu yang terus kerap menggunakan aplikasi Twitter selepas 30 hari telah menurun daripada 19% pada Mei 2022 kepada 16% pada Mei 2023.

Sebaliknya, kesetiaan pengguna Instagram baru stabil pada kira-kira 40%.

Threads kini dilaporkan sudah mempunyai 100 juta pengguna yang mendaftar dengan platform itu selepas tidak sampai seminggu ia dilancarakan.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Tak Sampai Seminggu Dilancarkan, Threads Kini Melepasi 100 Juta Pengguna
  • Nothing Phone (2) Rasmi - Snapdragon 8+ Gen 1, Panel Belakang Melengkung

Sumber: CNBC, Similarweb

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY