Pada era 1980-an, peralatan audio bukan sekadar untuk memainkan muzik.
Jurutera Jepun ketika itu telah mencipta peranti hibrid yang menggabungkan sistem hi-fi, instrumen muzik, komputer pendidikan dan studio peribadi.
Toyota EA901, juga dikenali sebagai Sharp Melody Searcher W MR-990, menjadi contoh terbaik era itu.
Ia bukan sekadar peranti muzik hi-fi atau lebih dikenali sebagai boombox , tetapi ia juga dianggap sebagai “komputer muzik” di mana ia menjadi alat untuk pengguna belajar muzik, mencipta irama, bermain dengan rentak dan bereksperimen dengan bunyi.
Sharp Melody Searcher W MR-990 ialah gabungan menarik antara radio kaset mudah alih berkembar dengan pembesar suara boleh tanggal serta unit khas yang dipanggil sebagai “Melody Computer”.
“Melody Computer” yang menjadi keunikan utamanya adalah papan kekunci boleh tanggal dengan 16 kekunci nota, 3 warna tona, 4 jenis irama, 35 kord berbeza dan memori sehingga 340 nota.
Bahagian kaset terdiri daripada satu dek untuk main semula dan satu lagi untuk rakaman serta main semula.
Ia juga mampu menyalin pita dengan kelajuan tinggi, mempunyai fungsi carian muzik serta equalizer 5 jalur.
MR-990 yang seberat 10.9kg ini boleh beroperasi melalui bekalan utama, sambungan 15V luaran atau dimuatkan dengan 10 bateri.
Apa yang dapat disimpulkan, Toyota EA901 merupakan antara sebuah alat elektronik teknologi Jepun yang sehingga kini masih memikat kerana menggambarkan visi peranti muzik dengan teknologi moden yang unik dan kreatif.
{suggest}



