Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
IBM ThinkPad 550 BJ

Inilah Laptop Pertama Di Dunia Terbina Dengan Mesin Pencetak

Diterbitkan Mei 2, 2025 oleh ariff bukhari

Mungkin pada era 90 an, syarikat-syarikat teknologi lebih inovatif dan berani dalam dalam penciptaan produk mereka.

Sebagai contoh, komputer riba keluaran Lenovo ThinkPad 550BJ yang merupakan komputer riba pertama di dunia yang mempunyai mesin pencetak terbina.

Penciptaan produk unik ini pada tahun 1993 dahulu adalah hasil kerjasama antara IBM Jepun dan Canon, dengan IBM bertanggungjawab terhadap pembangunan komputer dan Canon pula menguruskan bahagian pencetak.

Oleh itu, logo kedua-dua syarikat itu tertera pada bahagian atas komputer riba tersebut.

IBM ThinkPad 550 BJ 1
Lenovo ThinkPad 550BJ. Kredit: Reddit

Komputer ini dilengkapi dengan pencetak mikro Bubble Jet (BJ) beresolusi 360 dpi yang mampu mencetak karakter dengan jelas pada 48×48 titik.

Kelajuan cetaknya mencapai 87 aksara sesaat, menjadikannya setanding dengan pencetak lain pada masa itu.

Sistem pemuatan kertasnya unik di mana kertas dimasukkan dengan mengangkat papan kekunci, dan selepas dicetak, ia keluar dari bahagian belakang komputer.

Ia juga dilengkapi dengan ciri memasukkan kertas automatik yang membolehkan penyusunan hingga 10 helai kertas sekaligus.

Walaupun memiliki pencetak terbina dalam, ThinkPad 550BJ tetap ringan dengan berat hanya 3.0 kg dalam saiz kompak, menjadikannya pilihan popular dalam kalangan pelajar dan pengguna baharu pada masa itu.

Pada Mac 1994, model pengganti, ThinkPad 555BJ muncul dengan peningkatan spesifikasi seperti CPU IBM 486SLC2/50MHz, RAM sehingga 12MB, serta skrin lebih besar dan berwarna.

Tidak lama selepas kemunculan ThinkPad 550BJ, Canon turut hadir dengan komputer riba terbina mesin pencetak dikenali sebagai Canon NoteJet menerusi siri Canon BN120C, BN22 atau BN200.

Inilah Laptop Pertama Di Dunia Terbina Dengan Mesin Pencetak
 Canon NoteJet BN120C. Kredit: Wikipedia

Penciptaan seperti ini menjadikan ia sebagai salah satu produk vintaj unik yang pernah wujud suatu ketika dahulu.

Berkaitan

  • Inilah TV Terkecil Di Dunia Yang Juga Jam Tangan Buatan Epson
  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Jemaah Malaysia Kini Ada ‘MyKad Haji’ — Ini Teknologi Di Sebalik Kad Nusuk

Sumber: PC Watch Japan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY