Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Topup RM30 ShopeePay Day 1 Januari 2022, Boleh Dapat 33,333 Shopee Coins

Posted on Disember 28, 2021

Tahun baru, sale pun baru juga.

Pada 1 Januari 2022, Shopee kembali lagi dengan jualan besar-besaran dinamakan ShopeePay Day menyertakan pelbagai diskaun dan promosi seperti biasa.

Melalui ShopeePay Day, pengguna ShopeePay akan menerima cashback 100% (dihadkan pada RM1.10) dengan pembayaran minimum RM1.10.

Terdapat juga baucar masa terhad untuk FamilyMart, Giant, KK Super Mart, Lotus’s, MR.DIY, Tealive dan lain-lain lagi.

Untuk pengguna pertama baucar ShopeePay juga, cashback istimewa sebanyak RM3 menanti mereka tanpa pembayaran minimum.

Menariknya, ShopeePay turut menghadiahkan sehingga 33,333 Shopee Coin kepada pengguna apabila mereka menambah nilai minimum RM30 pada akaun dompet Shopee 1 Januari nanti.

Tambahan lagi, pengguna boleh juga membeli pelbagai barangan dari pelbagai kategori serendah RM1 sempena Clearance Sale.

Anda juga berpeluang untuk memenangi sebuah telefon pintar dengan harga RM1 sahaja.

Untuk maklumat lanjut mengenai ShopeePay Day pada 1 Januari 2022 nanti, boleh layari laman rasmi Shopee di sini.

Sumber: Shopee

Baca juga:

  • Jangan Beli Laptop Selagi Anda Tak Baca 11 Perkara Penting Ini
  • Pada Tahun 2021, Lagi Ramai Kerap Ke TikTok Berbanding Google
  • 20 Tahun Lalu, Nintendo Pernah Rancang Nak Keluarkan Telefon Pintar

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress