Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PageBoy Nintendo

20 Tahun Lalu, Nintendo Pernah Rancang Nak Keluarkan Telefon Pintar

Diterbitkan Disember 28, 2021 oleh Amsyar Latif

Siapa sahaja yang tidak mengenali Nintendo, sebuah nama yang tidak asing lagi dalam arena permainan. Sekitar era 90-an ke awal 2000, peranti Game Boy pernah menjadi kegilaan kanak-kanak.

Namun, Nintendo sebenarnya pernah merancang untuk mengeluarkan sebuah peranti yang sangat lain daripada yang lain. Peranti yang dimaksudkan itu adalah PageBoy. Jika nak dibandingkan, PageBoy itu umpama telefon gaming pada masa sekarang.

Menurut sejarawan, penganalisis dan wartawan permainan video Liam Robertson mengatakan pada 20 tahun lepas, Nintendo mahu menawarkan PageBoy dimana ia adalah aksesori untuk Game Boy Color.

Apa yang menariknya tentang PageBoy ini adalah ia membenarkan peranti tersebut untuk menghantar e-mel, membuat carian maklumat, membaca berita atau majalah game, laporan cuaca, skor sukan serta menonton siaran langsung televisyen.

Selain itu, ia turut membolehkan pengguna mesej pemilik PageBoy yang lain. Tidak terhenti di situ, PageBoy juga akan hadir dengan ciri menghantar imej atau video secara langsung dengan menggunakan kamera peranti tersebut menerusi teknologi transmisi radio.

20 Tahun Lalu, Nintendo Pernah Rancang Nak Keluarkan Telefon Pintar
Konsep PageBoy

Bagaimanapun, projek ini gagal dilaksanakan pada Julai 2002 disebabkan kekangan teknologi komunikasi yang terhad di beberapa negara. Nintendo berkata mereka mahu peranti ini boleh digunakan di mana-mana sahaja.

Sekiranya peranti ini menjadi realiti, ia sememangnya mendahului zamannya. Mananya tidak, awal tahun 2000 pun telefon pintar belum wujud lagi. Malah, telefon bimbit pada masa itu juga belum cukup berkuasa untuk melakukan tugasan seperti “PageBoy”.

Sumber: kotaku

Baca juga:

  • Beli Laptop Percuma Printer

  • Telefon Lipat Motorola Razr Dah Masuk Generasi Ketiga, Sedang Disiapkan Oleh Lenovo

  • Apple Tak Banyak Telefon 5G, Tapi Masih Pegang Majoriti Jualan Telefon 5G

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY